Sebelum ini, Pulau Pinang pernah beberapa kali terpilih antara destinasi pelancongan yang harus dikunjungi di peringkat antarabangsa oleh Stesen penyiaran Amerika Syarikat, CNN dan portal pelancongan yang terkemuka iaitu LonelyPlanet.Com.
Terbaru, stesen penyiaran Amerika Syarikat, CNN sekali lagi mengiktiraf Pulau Pinang sebagai satu daripada 17 destinasi global yang harus dikunjungi pada tahun 2017. Memetik laporan CNN Travel, diletakkan di tangga kedua di belakang Prince Edward Island, Kanada, negeri yang dikenali sebagai Pulau Mutiara itu merupakan antara tiga destinasi di Asia yang tersenarai dalam carta tersebut selain Thailand dan China. Setiap destinasi dalam senarai itu dipilih oleh pakar-pakar pelancongan CNN di serata dunia mengenai tempat kegemaran mereka. Ini bukan kali pertama Pulau Pinang yang terkenal sebagai syurga makanan itu mendapat pengiktirafan.
Sebelum ini bandaraya George Town dinamakan oleh Forbes sebuah Majalah Perniagaan Amerika Syarikat, sebagai 10 destinasi pelancongan bajet terbaik untuk tahun 2016 dan Los Angeles Times memilih George Town antara 16 destinasi yang harus dikunjungi pada tahun lepas. Berikut adalah senarai 17 destinasi yang harus dikunjungi pada tahun 2017: 1) Prince Edward Island, Canada 2) Penang, Malaysia 3) Colombia 4) Bermuda 5) Katahdin Woods and Waters National Monument, United States 6) Isaan, Thailand 7) Bhutan 8) Chengdu, China 9) Aarhus, Denmark 10) Bordeaux, France 11) Western Iceland 12) Albania 13) Amman, Jordan 14) Rwanda 15) Senegal 16) Houston, United States 17) Australia - CARI |
28
Bagus |
8
Marah |
16
Terkejut |
21
Sedih |
55
Lawak |
22
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT