Bertuah tuan badan menerima beberapa Ipad dan barangan lain termasuk kad Touch 'n Go edisi khas kerana menjadi penumpang Transit Aliran Massa (MRT) ke sejuta semalam (Rabu), selepas 27 hari perkhidmatan laluan pertama Sungai Buloh-Kajang (SBK), memulakan operasinya.
Menurut Bernama, Ng Zhi Zhi yang juga merupakan pelajar kolej disapa Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Sdn Bhd Datuk Ir Zohari Sulaiman dan Pengarah Pengurusan Tanah, Datuk Haris Fadzilah Hassan, sebaik memasuki pintu masuk tambang di stesen MRT Sungai Buloh. Pengguna perkhidmatan laluan SBK termasuk perjalanan MRT dan penggunaan bas pengantara akan mula membayar tambang pada 17 Januari ini.
"Ini adalah hari bersejarah buat MRT. Memperoleh sejuta penumpang dalam masa kurang sebulan mencerminkan sambutan amat menggalakkan daripada orang awam," kata Zohari. Manakala, Haris yakin fasa kedua MRT iaitu antara Semantan dan Kajang akan dapat membuka laluannya seperti dijangka pada Julai ini. "Kerja pembinaan akhir bagi fasa dua, membabitkan seksyen bawah tanah dan selatan sedang giat dijalankan. Pada masa ini, kemajuan (projek) adalah 95 peratus," katanya. - CARI
|
23
Bagus |
17
Marah |
21
Terkejut |
17
Sedih |
33
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
spiderman80 replied at 11-1-2017 11:39 PM
Cepat juga MRT mendapat 1 juta penumpang.
idakamaruddin replied at 12-1-2017 10:10 AM
x pun gimik je x spidey? konon2 dh cecah sejuta sbb nk tarik perhatian public yg rakyat msia perca ...
intan_smsb replied at 12-1-2017 10:29 AM
tu la psl kaka mcm x pecaya da smpi sejuta
market startegi kan
mggu depan kan da setat charge ut ...
ADVERTISEMENT