CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

PM Kanada Dikritik Kerana 'Cakap Tak Serupa Bikin'?

17-1-2017 06:33 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 6342| Komen: 35


Selain terbang ke destinasi mewah itu dengan helikopter peribadi, Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau dihujani kritik apabila menikmati percutian di sebuah pulau di Caribbean milik Aga Khan Khamis lalu yang jelas melanggar peraturan etika rasmi.


Ini berikutan pada November 2015 beliau berjanji untuk menjalankan pentadbiran yang terbuka dan dipercayai.

Memetik laporan Reuters, sejak kebelakangan ini, beliau dipersoal tentang percutiannya ke salah sebuah pulau persendirian di Bahamas sempena tahun baharu, dan jurucakapnya juga enggan mengulas mengenainya.

Percutian itu turut disertai ahli keluarganya selain beberapa ahli Parlimen partinya.

Pihak pembangkang Kanada tidak melepaskan peluang itu untuk menyuarakan bantahan, dengan mengatakan bahawa percutian itu sangat tidak wajar.

Menurut mereka, selain Ottawa turut menyalurkan dana kepada Yayasan Aga Khan, tindakan Trudeau itu tidak selari dengan situasi rakyat Kanada yang berdepan cabaran ekonomi.


Aga Khan, yang merupakan seorang pemimpin keluarga hartawan dari cabang Syiah Ismaili, merupakan kenalan karib Trudeau.

Di bawah peraturan etika yang Trudeau perkenalkan pada 2015, menteri kerajaan tidak boleh menaiki penerbangan persendirian tanpa mendapat kelulusan daripada pesuruhjaya konflik berkepentingan dan etika Kanada, Mary Dawson.- CARI

sumber foto: http://www.aljazeera.com/




13

Bagus
21

Marah
11

Terkejut
24

Sedih
16

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (101 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kucen_miang 17-1-2017 12:56 PM
lps ni mesti ada yg compare ngan bang jib  
Quote dodolgemok 17-1-2017 01:35 PM
Di tanah ayer aman2 jah cuti pakai jet rasmi siap pos instagram bagai. Negara kaper jugak risau pasal benda cmni kan?
Quote alieyrina 17-1-2017 01:41 PM
Kecoh arr rakyat kanada ni..benda duit tak haram kan...guna ja lahh
Quote rosasa 17-1-2017 01:42 PM
tak kisah la corupt ke apa, yang penting tak botak, tak beruban, tak lembik macam sorang tu









Quote noell 17-1-2017 01:53 PM
huntong la org lain ada PM yg hensem

pakat2 tgk PM negara lain saja la
Quote kentel 17-1-2017 02:18 PM
rosasa replied at 17-1-2017 01:42 PM
tak kisah la corupt ke apa, yang penting tak botak, tak beruban, tak lembik macam sorang tu

...


Quote rosasa 17-1-2017 02:19 PM

eh eh apasal menepati kriteria ni?
Quote Bedah.Cun 17-1-2017 02:20 PM
Kalau hensem kau nak melahap duit haram sampai tembolok popn ai x kesah. Ni seko2 muke buruk macam jamban pecah hade hatiiii!
Quote Decaffeinated 17-1-2017 02:23 PM
Aku cuma tau Aga Khan award ja...
Quote ChildrenOfBodom 17-1-2017 02:25 PM
Canadian PM Justin Trudeau under investigation for possible ethics violation
Canada's ethics watchdog has launched an investigation into Justin Trudeau's recent family vacation in the Bahamas. It's the first time a sitting prime minister has faced such scrutiny.


this is unislamic
Quote zach2008 17-1-2017 02:47 PM
Apa la org kanada ni... mereka tak tau kot yg PM mereka layak utk bercuti macam tu.
Quote R2D2 17-1-2017 02:52 PM
patutnya PM Canada arah pegawai2 siasat mcm mana maklumat percutian ni bocor
baru la PM Canada dicop sesuci embun
Quote dani-rox 17-1-2017 03:04 PM
rosasa replied at 17-1-2017 01:42 PM
tak kisah la corupt ke apa, yang penting tak botak, tak beruban, tak lembik macam sorang tu

...

Kan kak? Sedap jah mata memandang. Begini punya hensem buat apa pun, tak la menaikkan darah sgt
Quote -electrifying- 17-1-2017 03:20 PM
PM dorg ni xde kuasa veto ke? senang2 je kena siasat apa semua...
PM Malaysia?
Quote MarryPottet 17-1-2017 03:22 PM
cancer_files replied at 17-1-2017 12:50 PM
Canadian PM Justin Trudeau under investigation for possible ethics violation
Canada's ethics watch ...

mary dawson tu cai dapig cawangan canada yg fail pengetahuan am
pm ada benefit utk pergi bercuti, sama mcm pm negara lain juga ceo kampeni
kenapa persoalkan hak pm utk bercuti sedangkan ramai pm negara lain pon turut menghabiskan masa hujung tahun pergi bercuti dgn keluarga
sila belajar pengetahuan am wahai cai dapig cawangan canada

D'zeck Vuitton
Pengerusi
One Macai Dedak Bersatu (1MDB)
Canada Chapter
Quote cancer_files 17-1-2017 04:30 PM
Bedah.Cun replied at 17-1-2017 01:20 PM
Kalau hensem kau nak melahap duit haram sampai tembolok popn ai x kesah. Ni seko2 muke buruk macam j ...

PM Canada ni sesuai taste cik bedah?
Quote cknoriz 17-1-2017 04:31 PM
hensem ok x kepam...
Quote fynnkakiblock 17-1-2017 04:32 PM
kucen_miang replied at 17-1-2017 12:56 PM
lps ni mesti ada yg compare ngan bang jib


Quote cknoriz 17-1-2017 04:33 PM
IMG_0489.JPG

kejam sapa kata jibby x hensem weiii? bibiaq pink ko hado?

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:34 PM GMT+8 , Processed in 0.118349 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top