Selebriti Angelina Jolie memang terkenal dengan kisahnya bersama anak-anak angkat dan salah seorangnya adalah Zahara yang kini sudah pun berusia 12 tahun. Gempar baru-baru ini apabila ibu kandung Zahara muncul dan merayu untuk bertemu anak kandungnya itu untuk melepaskan rindu selepas lebih dari sepuluh tahun tidak bersua. Mentewab Dawit Lebiso yang menetap di Ethiopia berkata kepada Daily Mail Online, “Saya hanya mahu dia tahu yang saya masih hidup dan boleh bercakap dengannya. Saya tidak mahu mengambil dia semula tetapi saya hanya ingin menghubungi semula dengannya dan berkomunikasi dengannya.”
Lebiso juga mengatakan yang dia tidak pernah sesaat pun berhenti memikirkan anak perempuannya itu yang diambil sebagai anak angkat oleh Jolie pada tahun 2006. “Angelina sudah menjadi seorang ibu yang lebih lama dari saya. Dia sudah bersama dengan Zahara sejak dia bayi lagi tetapi itu tidak bermaksud yang saya tidak merinduinya. Saya memikirkan tentang dia setiap hari dan sudah lama saya mengimpikan untuk mendengar suaranya dan melihat wajahnya. Saya ingat hari ulang tahun kelahirannya tetapi saya sedih kerana saya tidak boleh menyambut bersamanya. Saya teringin sangat untuk meraikan hari jadinya dan hari-hari istimewa yang lain. Saya rindu untuk berhubung semula dengannya.” Nama asal Zahara adalah Yemasrech namun identiti bapa sebenar kanak-kanak itu tidak dapat diketahui memandangkan Lebiso dikatakan mangsa penderaan seksual sehingga melahirkan Zahara. Tegas Mantewab, kemunculannya secara baik bukan disebabkan mahu menuntut wang atau apa-apa daripada Angelina tetapi kerana kerinduannya pada Zahara. "Apa yang boleh saya lakukan dengan duitnya? Saya tidak mahu duit Angelina. Dia juga tidak perlu mengirim wang kepada saya. Saya cuma mahu berbual dengan Zahara." Pilu rasanya apabila mendengar kisah ibu dan anak yang terpisah sebegini. Apa-apa pun diharapkan agar kedua-dua belah pihak dapat mencari kata sepakat demi kebahagiaan Zahara. -CARI
|
10
Bagus |
14
Marah |
25
Terkejut |
11
Sedih |
10
Lawak |
21
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Madel replied at 20-1-2017 04:40 PM
Baik anak angkat or anak kandung..sorg pun tak comel..
ADVERTISEMENT