Sebelum ini duta atau model yang dilantik oleh jenama-jenama besar bagi produk dan alatan solekan didominasi dan cukup sinonim dengan kaum wanita.
Namun bukan untuk tahun 2017 ini kerana jenama gah Maybelline telah melantik seorang lelaki untuk menjadi duta kecantikannya. Mempersembahkan, Manny Gutierrez, 'lelaki cantik' yang dijadikan model untuk maskara Maybelline. Mungkin sesetengah dari anda sudah mengenalinya dari Youtube. Manny yang baru berusia 25 tahun ini adalah seorang jurusolek yang sangat terkenal dengan pengikut yang mencecah jutaan orang di media sosial. Dia juga sering bekerjasama dengan ramai artis Hollywood seperti Gigi Hadid dan ramai lagi kerana bakat solekannya yang sangat luar biasa. Baginya solekan tidak semestinya hanya pada wanita kerana lelaki juga berhak mendapat hak kesamarataan dalam merias wajah yang dimiliki. Manny menjadikan ibunya sebagai idola dan ikon kecantikan bagi dirinya. Sejak kecil lagi dia gemar duduk di sebelah memerhati dan menunggu sehingga ibunya siap bersolek. Bakatnya semakin berkembang seiring waktu dan kini menjadikan bidang solekan sebagai karier pilihannya. Jom tengok gambar solekan Manny yang memang hebat dan luar biasa ini. Jadi bagaimana menurut anda, cantik atau tidak? -CARI
|
14
Bagus |
12
Marah |
10
Terkejut |
19
Sedih |
24
Lawak |
25
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT