Jika memandu di lebuh raya, sering kali kita akan mendengar siren ambulans yang memberi petanda kepada kenderaan lain untuk tidak menghalang laluannya.
Sebagai pemandu yang bertanggungjawab, secara logiknya kita sudah pasti akan membelok ke kiri atau ke kanan demi memberi laluan kepada kenderaan yang membawa pesakit itu untuk lalu. Namun, video tular yang heboh diperkatakan ini menunjukkan perlakuan yang sebaliknya pula apabila pemandu sebuah kereta jenis Myvi mementingkan diri sendiri dengan menghalang ambulans tersebut. Kejadian berlaku di Lebuhraya Persekutuan, dan jelas rakaman video tersebut menunjukkan kereta Myvi itu tidak mahu mengalah dan terus menggunakan laluan kecemasan.
Bertambah buruk apabila kereta tersebut masuk ke lorong pertama tanpa memberi isyarat terlebih dahulu dan masuk ke lorong kecemasan semula secara mengejut. Ini menyebabkan pelanggaran antara kereta tersebut dengan ambulans hampir berlaku akibat sikap pemanduannya yang tidak berhemah. Mungkin disebabkan ketakutan, pemandu Myvi tadi terus memecut kenderaanya dengan laju dan bertindak melarikan diri. Netizen yang melihat video tular tersebut mengutuk perbuatan pemandu Myvi yang tidak bertanggungjawab dan mengundang bahaya kepada orang lain. Bayangkan jika pesakit yang berada di dalam ambulans tersebut merupakan ahli keluarga dan orang kesayangan anda sendiri. Jangan disebabkan manusia sebegini, nyawa orang lain pula melayang. Jadikanlah video ini sebgai pengajaran supaya ianya tidak berulang lagi di masa akan datang. -CARI
|
35
Bagus |
44
Marah |
30
Terkejut |
31
Sedih |
35
Lawak |
33
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
jazaa100 replied at 26-1-2017 01:54 PM
Masak lah....
Lepas ni dgn gambar sekali viral....
putribonda replied at 26-1-2017 02:05 PM
hahaha..kau punya spekuan tak hagakkkk
idakamaruddin replied at 26-1-2017 01:37 PM
xde sape csi no plate kete myvi ni brp saman tertunggak?
ADVERTISEMENT