"Proses pendakwarayaan adalah sesuatu yang kompleks. Hanya disebabkan kesilapan teknikal ia boleh jejaskan sesuatu kes. Isu ikan bilis dan ikan jerung besar sering berkumandang setiap kali ada tangkapan dan sabitan. "
"Tunggu." Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Dzulkifli Ahmad berkata demikian kepada mana-mana ahli anggota politik terbabit dengan rasuah di negara ini. Walaupun kata-kata itu mencerminkan tekad dan ketegasan SPRM untuk bertindak tanpa mengira ideologi parti, pangkat dan kedudukan, Profesor Madya di Jabatan Sosiobudaya Universiti Malaya (UM), Dr Awang Azman Awang Pawi berkata SPRM memerlukan bukti kukuh dan bukan hanya persepsi semata-mata.
"Perlu ada contoh dan bukti-bukti konkrit kerana ada kalanya ia bersifat persepsi atau prasangka semata-mata. Hal ini kerana hakikatnya undang-undang berteraskan fakta dan bukti yang cukup kuat," katanya kepada Bernama. Dalam satu temu bual bersama Astro Awani, walaupun Dzulkifli menyatakan SPRM tidak boleh mendedahkan identiti dan waktu tangkapan dibuat, pihaknya menegaskan tidak akan melepaskan sesiapa sahaja yang terlibat dengan aktiviti rasuah. - CARI |
12
Bagus |
15
Marah |
15
Terkejut |
18
Sedih |
11
Lawak |
21
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ReginaGeorge replied at 28-1-2017 04:15 PM
Telus sangat
izanagiarcana replied at 30-1-2017 09:15 AM
baguslah SPRM daripada KPK kat indog, juru tulis dan kaki tangan KPK ( SPRM versi indog ) ramai yang ...
ADVERTISEMENT