CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

JKR Tepis Fitnah Guna Wang Kerajaan Negeri Beli Pokok 'Ceiba Chodatii'

31-1-2017 10:19 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 11464| Komen: 83

Pembelian pokok 'Ceiba Chodatii' yang kini menjadi mercu tanda Bandar Baharu Kuala Nerus menimbulkan spekulasi kononnya ia suatu pembaziran dengan menggunakan wang kerajaan negeri.


Jabatan Kerja Raya (JKR) Terengganu bagaimanapun menafikan pembelian itu melibatkan sebarang kos kewangan kerajaan negeri.


Foto: FB Zakaria Dagang

Bernama melaporkan, Pengarah JKR Terengganu, Ir Ab Hamid Md Daud dalam sebuah kenyataan menjelaskan bahawa kontraktor utama projek berkenaan bertanggungjawab menanggung pembelian pokok yang diimport dari Brazil itu. Malah, pembelian pokok itu tidak termasuk dalam skop projek.

"Sehubungan itu, orang ramai diminta tidak lagi membuat sebarang spekulasi liar berhubung isu pokok berkenaan," katanya.


Baru-baru ini, kecoh di laman sosial berhubung isu penanaman tiga batang pokok 'benang sutera' itu sebagai mercu tanda bandar Kuala Nerus yang didakwa sebagai pembaziran besar kerana melibatkan kos RM180,000 sebatang.

Dalam sebuah kenyataan berasingan, Ketua Pergerakan Pemuda Umno Terengganu, Mohd Johari Abu Bakar menggesa kerajaan negeri mengenakan tindakan undang-undang terhadap penyebar fitnah berhubung isu pokok berkenaan.

Menurutnya, fitnah itu dibangkitkan seorang pemilik akaun Facebook yang mendakwa berkenaan membabitkan Menteri Besar.

"Tindakan undang-undang perlu diambil kerajaan negeri supaya dapat memberi pengajaran kepada orang ramai agar tidak sewenang-wenangnya membuat fitnah menerusi media sosial.

"Pemuda UMNO Terengganu memandang serius gejala fitnah yang semakin membarah dalam media sosial. Saya mengharapkan agar kerajaan negeri akan dapat segera memulakan proses undang-undang bagi membawa si pelaku ke muka pengadilan," katanya. - CARI

5

Bagus
3

Marah
5

Terkejut
5

Sedih
6

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (27 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sebu 30-1-2017 07:02 PM
Mahalnyee..Dah tengok jela besar mana pokok tu dan negara mana asalnye.  
Quote imthegirl 30-1-2017 07:14 PM
Kontraktor utama projek apa?

Kontraktoe bagi sumbangan ke?
Quote BeskotCekelat 30-1-2017 07:33 PM
"Kontraktor utama menanggung semua kos, tak ada dalam skop kerja"

kahkahkah...

Ini kompeni kontraktor ke pertubuhan amal?  
Quote dinopower 30-1-2017 07:42 PM
imthegirl replied at 30-1-2017 07:14 PM
Kontraktor utama projek apa?

Kontraktoe bagi sumbangan ke?

kontraktor bg sumbangan....org pertikai org gile je nak bg sumbangan gitu tanpa balasan  

kos tu dah masuk dlm kos projek katanya...
Quote dinopower 30-1-2017 07:43 PM
BeskotCekelat replied at 30-1-2017 07:33 PM
"Kontraktor utama menanggung semua kos, tak ada dalam skop kerja"

kahkahkah...

kan....
itulah org pertikai..... puak2 pas mmg hari2 dok main isu nih
Quote shamsadis 30-1-2017 07:47 PM
Tanam la pokok Malaysia, meranti ke cengal ke
Quote AbukRokok 30-1-2017 09:00 PM
apa nama kontraktor tu?
kontraktor mcm nilah sebenarnya yang kita perlukan sgt2

kita upah buat kerja 10 000 dia buat kerja 1 juta punya nilai..
untung kita mcm ni

Quote AbukRokok 30-1-2017 09:02 PM
mgkin lepas ni kita boleh upah kontraktor ni  instead buat bangunan 10 tingkat ...dia buat pencakar langit 80 tingkat..... sgt efisien
Quote imthegirl 30-1-2017 09:05 PM
dinopower replied at 30-1-2017 07:42 PM
kontraktor bg sumbangan....org pertikai org gile je nak bg sumbangan gitu tanpa balasan   

ko ...

Sumbangan kalau 100k paham lagi ni setengah jute  

Ujung ujung vo sampai 3 4 jute  
Quote cHimo 30-1-2017 09:09 PM
Sanggup beli pokok dengan harga camtu.. Hebat..
Quote she 30-1-2017 09:47 PM
Kalau lah pokok tu boleh menjadi tapak treehouse utk pusat perlindungan banjir
Quote mirage_46 30-1-2017 09:57 PM
Pokok jer dah setengah juta
Quote Decaffeinated 30-1-2017 10:10 PM
lawanyer pokok.... ada insuran tak kalau pokok tu mati terkejut?

Quote Nham22 30-1-2017 10:13 PM
Kalau kene panah petir sia2..kekeke
Quote kelana36 30-1-2017 10:29 PM
macam pokok Baobab jer.. tak sampai pun 5 usd , beli anak setinggi  1 kaki kat Dakar, Senegal atau Banjol di Gambia..
Quote matamata 30-1-2017 10:49 PM
betul lah tuh apa yg dia ckp
baca yg tersurat je
Quote insulin 30-1-2017 11:09 PM
Pokok dalam gambar di atas ada mirip sebuah teko. Bayangan kerajaan langit ke?
Quote matamata 30-1-2017 11:21 PM
mat salleh dulu jugak yg pandai, pegi brazil bawak balik pokok getah, ada jugak hasil
Quote Firenzza 30-1-2017 11:22 PM
Baik hati betul kontraktor jkr tu....utk mengelakan kna pitenah buatla papantanda besar2.....pokok ni adalah derma dari kontraktor xyz habis citer

Lihat semua komen(83)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 01:48 PM GMT+8 , Processed in 0.084242 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top