33 jam terapung di tengah-tengah lautan luas merupakan suatu pengalaman buruk buat 20 pelancong China, mangsa bot karam di Pulau Mengalum, Kota Kinabalu Sabtu lalu. Paling tidak dapat dilupakan adalah mereka terapung bersama mayat rakan!
Menurut seorang mangsa, Fan Li Xia, 40, kesemua pelancong lain termasuk dia saling diikat dengan jaket keselamatan serta berpegangan tangan hanya mampu memandang salah seorang daripada mereka mati akibat kehabisan tenaga. “Pada waktu itu, saya hanya fikir kami semua juga akan mati memandangkan telah 33 jam terapung di laut. Kami kemudian membuat keputusan melepaskan ikatan tali pada rakan lelaki yang telah mati hingga dia hanyut,” katanya kepada Utusan Online.
Selain tiada bekalan makanan, mereka berdepan angin kencang dan ombak besar sebelum diselamatkan di perairan Samarang, Labuan. Li Xia dipercayai berasal dari Suzhou, China itu bersama 11 lagi rakannya datang ke Kota Kinabalu sejak 26 Januari lalu untuk bercuti sebelum tujuh daripada mereka memutuskan untuk ke pulau berkenaan. Namun, selain daripada enam rakannya itu, dia tidak mengenali pelancong lain ketika bertolak dari jeti Kampung Tanjung Aru. Menurut Li Xia, kejadian itu berlaku bukan disebabkan bot berkenaan terbalik, sebaliknya dimasuki air sebelum karam. “Nasib baik kami semua dibekalkan jaket keselamatan dan suasana menjadi panik pada waktu itu,” katanya. Terdahulu, tiga mayat pelancong warga China termasuk mayat seorang wanita ditemui di perairan Semarang, Labuan, kelmarin. - CARI |
2
Bagus |
6
Marah |
7
Terkejut |
2
Sedih |
9
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
shamsadis replied at 31-1-2017 12:32 PM
musim tengkujuh pun ada bawak pelancong, dulu aku kerja kat Tioman zaman 90an, musim tengkujuh orang ...
pakis_hutan replied at 31-1-2017 01:28 PM
Starting jumaat takde ribut or whatsoever. Cuaca sgt cantik di KK. Aku suspect overloaded. 31 orang ...
famri7 replied at 31-1-2017 07:39 AM
Boat masuk air sebab bocor atau ombak kuat sis?
batmana replied at 31-1-2017 02:48 PM
membe yg army cite ,
pi naik boat tu bagus
tapi klu boat tkde kelengkapan, lifeboat ke apa, baik t ...
ADVERTISEMENT