CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dulu Penyanyi Terkenal, Sekarang Ben Nathan Jadi Gelandangan?

2-2-2017 04:42 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 28178| Komen: 151|Original author: Oleh: Myra Rozi

Pasti ada di kalangan kita masih mengingati bekas penyanyi popular era 80-an, Ben Nathan yang popular dengan lagu Stanza Sepi Sekeping Hati dan Penantian Satu Ilusi.

Foto: Carian Internet
Malangnya dia kini hidup gelandangan di kaki lima sekitar ibu negara termasuk Pasar Seni, Brickfields, Masjid Jamek dan Ampang, sejak lima tahun lalu.

Video tular yang dimuat naik oleh akaun Facebook Mannin Mainthan Malaysia (MMM) menunjukkan penampilannya yang kusut masai dan tidak terurus, jauh berbeza berbanding ketika bergelar penyanyi dahulu.


Menurut Utusan Online, Ben dikatakan telah memeluk Islam dan menggunakan nama Ben Adam. Presiden Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M), Datuk DJ Dave berkata, beliau telah menemui Ben Nathan sebanyak tiga kali dalam tempoh enam bulan dan turut menawarkan bantuan namun ditolak.

“Beliau kelihatan normal pada saya dan mengingati saya, bercakap kisah-kisah lama tetapi apabila saya menawarkan bantuan, beliau enggan mengikut saya dan memberikan pelbagai alasan."

Usaha untuk membantunya tidak berhenti setakat itu apabila pihak YA1M menghantar surat kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi memohon untuk menempatkan Ben Nathan di mana-mana rumah kebajikan.

“Ini adalah langkah terbaik boleh diambil setakat ini bagi memastikan nasib penyanyi tersebut mampu dibela memandangkan Ben enggan mene-rima bantuan dan pertolongan yang dihulurkan oleh saya. Bukan itu sahaja, mungkin JKM boleh membawa Ben untuk menerima rawatan di Hospital Bahagia sekiranya terbukti mempunyai masalah kesihatan mental,” ujar Dj Dave.

Kita tidak tahu apa sebenarnya yang dilalui Ben sehingga dia memilih untuk menjalani hidup sebegitu. Diharap orang ramai berhenti membuat andaian atau sebarang spekulasi yang boleh mengundang fitnah. -CARI

26

Bagus
42

Marah
24

Terkejut
41

Sedih
33

Lawak
37

Bosan

Friends Rank (203 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mimi77 1-2-2017 03:37 PM
kesiannya
Quote Vanilla_lette 1-2-2017 03:45 PM
kenapa iols x dpt tengok gambar Ben Nathan...tt tlg tempek lain..
Quote jiji85 1-2-2017 03:48 PM
artis rock kapak zman tu byk...syg berbakat..
Quote chacon 1-2-2017 03:50 PM
Vanilla_lette replied at 1-2-2017 03:45 PM
kenapa iols x dpt tengok gambar Ben Nathan...tt tlg tempek lain..



bukan gambar.. video

[url]https://www.facebook.com/muhdnizamahmadabang3/videos/1524306297583657/

[/url]
Quote de_ikea 1-2-2017 03:51 PM
Aduhai kesian. Tp masih ambitios.
Quote chinta89 1-2-2017 03:52 PM
kenapa jd mcm ni?
Quote momomikomiki 1-2-2017 03:53 PM
dia ni bkn ke peluk islam sebab bercinta dgn ppuan melayu tapi gosip tu hilang gitu je...
ada yang kata drug addict ada yg kata masalah mental....suara dia memang sedap
Quote intnjuliet 1-2-2017 03:54 PM


Quote chacon 1-2-2017 03:54 PM


aku doakan dia dapat masuk gegar vaganza 4. jom pakat doa ngan aku

[youtube]WC311aJGx_c[/youtube]
Quote intnjuliet 1-2-2017 03:54 PM


Quote PongKang 1-2-2017 03:58 PM
siannya... dulu salu terserempak dgn dia kat area CM or masjid jamek.. kdg kesian kasik dia kfc set
Quote brainbiru 1-2-2017 03:59 PM
Sapo ni? (Aku bukan budak wicet)
Quote sayang_mulut 1-2-2017 04:01 PM
selalu aku dgr lgu die dalam Sinar, takkan x de royalti kot
Quote barfi 1-2-2017 04:01 PM
Aku bukan budak wicet. Aku 90's kids. Aku tak kenal dia ni. Tapi lagunya sounds familiar. Moga Allah merahmatinya...
Quote August1957 1-2-2017 04:04 PM
Dah jadik gelandangan ke? Kesiannya

Membesar dgn lagu dia gak
Quote myakayina 1-2-2017 04:13 PM
kesiannya..mana family dia..punyalah hensem masa muda2 dulu, suara pun best..
Quote aryyan 1-2-2017 04:20 PM
sayang_mulut replied at 1-2-2017 04:01 PM
selalu aku dgr lgu die dalam Sinar, takkan x de royalti kot

a'a. grp2/ penyanyi2 lama xdpt royalti ke?
cam ujang samudera tu..cm idup susah jugak.
Quote AshkieLa 1-2-2017 04:21 PM
myakayina replied at 1-2-2017 04:13 PM
kesiannya..mana family dia..punyalah hensem masa muda2 dulu, suara pun best..

banyak versi kan cerita dia ni.. x tau mana satu yg sahih.
Tapi kesian la.. dah peluk Islam, tp lepas tu macam hilang arah.
Quote sepitsiput 1-2-2017 04:27 PM
PongKang replied at 1-2-2017 03:58 PM
siannya... dulu salu terserempak dgn dia kat area CM or masjid jamek.. kdg kesian kasik dia kfc set

eh... sama mcm meol dgn shuben dedulu gi menyogo terjumpa acik ben ni..bg set burger king uols

Lihat semua komen(151)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 11:02 AM GMT+8 , Processed in 0.122854 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top