CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Empat Sekeluarga Maut Dalam Kebakaran Rumah Teres Di USJ 2

6-2-2017 12:09 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 12821| Komen: 115


Empat individu ditemui mati dalam kebakaran di sebuah rumah teres dua tingkat di No 111 Jalan 2/3 USJ 2, Subang Jaya awal pagi tadi.

Memetik laporan Harian Metro, Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata tiga mangsa ditemui di dalam bilik tidur manakala seorang lagi mangsa ditemui dalam bilik air.

Tambahnya, dalam kebakaran yang bermula kira-kira 5.30 pagi itu 80 peratus daripada rumah berkenaan musnah terbakar.

"Kebakaran dapat dikawal kira-kira 6 pagi tadi. Seramai 16 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya dan Seksyen 7 terlibat dalam memadam kebakaran berkenaan," katanya.

Manakala menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Muhammad Azlin Sadari, mangsa dikenali sebagai pasangan suami isteri Lim Ah Kok, 53, dan Goh Bee Khim, 52, serta dua dua anak mereka, Lim Yong liang, 20, dan Lim Yong Wei, 17.

Ketika kejadian, kesemua mangsa dipercayai cuba keluar namun gagal kerana api marak dan Ah Kok serta dua anaknya terperangkap dalam bilik manakala isterinya terperangkap dalam tandas rumah berkenaan.

Dilaporkan mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang. - CARI

sumber foto: http://assets.hmetro.com.my/

8

Bagus
13

Marah
13

Terkejut
22

Sedih
7

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (80 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missinpiece 6-2-2017 12:33 PM
Kesiannya
Quote haryatie 6-2-2017 12:38 PM
kesiannnnya..
Quote Fienomenology 6-2-2017 12:38 PM
uish!dah dekat sgt kat umah parents aku.
Quote Keledek.kepam 6-2-2017 12:40 PM
Kesian. RIP
Quote nuralisa 6-2-2017 12:43 PM
aduh..itula paling takut kan...
kalau api start dari bawah...  
RIP
Quote prettyuglybabe 6-2-2017 12:46 PM
menakutkan.. rumah teres kalau terbakar, jiran kiri kanan tak terjejas ke?
Quote vanillaninja 6-2-2017 12:47 PM
Takziah, dah tau ke punca kebakaran?
Quote momomikomiki 6-2-2017 12:53 PM
prettyuglybabe replied at 6-2-2017 12:46 PM
menakutkan.. rumah teres kalau terbakar, jiran kiri kanan tak terjejas ke?

ada party wall kan between houses

Quote MissMamamia75 6-2-2017 12:55 PM


Takziah...sedihnya..baru lepas CNY..
Quote matchstick 6-2-2017 12:57 PM
berpunca dari apa. selalu kes litar pintas jd mcm ni kan..kesian pulak. rumah dh bergrill semua tingkap nk lompat keluar pun x boleh agaknya.
Quote seeriesagain 6-2-2017 01:19 PM
Kesiannya... rasanya mesti sbb litar pintas ni. Kena check wiring rumah, especially rumah2 lama. Kena la spend duit skit unt tukar.
Quote she 6-2-2017 01:23 PM
Alahai kesiannye

Pernah tengok juga rumah belakang umah macik tebako...umah reno lawa...asalnya kipas siling yg memula berasap...pastu melarat...abeh satu umah tebako...masa kejadian ada nenek je dlm umah tu...

Bomba plak lambat sampai...bila jiran2 kopak pintu nk selamatkan brg...terus api meletus keluar...larik belaka jiran takut umah meletop...tapi mmg sedih tengok...rumah besar boleh hangus tak sampai sejam jangan ingat rumah konkrit api x boleh makan
Quote chickenwing 6-2-2017 01:39 PM
Edited by chickenwing at 6-2-2017 01:40 PM

takziah untuk family mangsa. Kebanyakkan rumah2 skrg memang pasang grill sebab penyamun ramai sangat sekarang ni. Apa solution korang ehh sebagai persediaan cth mcm kejadian mcm ni? nak tak nak rumah kena juga pasang grill....tp bila dah terbakar...kelam kabut panik semua xdpt nk buka grill nk larik..

Quote sribayu 6-2-2017 01:42 PM
teringat rumah yg i sewakan terbakar. was told by bomba kebakaran disebabkan oleh lilin dari master bedroom tingkat atas.   kiranya rumah i mmg terbakar hangus.  nasib baik rumah masih under loan dan ada fire insurance.

my advise to all, kalau rumah dah settle pun, jgn lupa continue to take fire insurance ye..
Quote fromheaven 6-2-2017 01:45 PM
Scary baca cerita mcm ni  
Quote fcl29 6-2-2017 01:49 PM
aku slalu terbayang, bila terjadi mcm ni... nk lari masuk bilik air je sbb ade air at least boleh basah2 api sekeliling... tp still x selamat... nape ye?
Quote duri_durians 6-2-2017 02:12 PM
fcl29 replied at 6-2-2017 01:49 PM
aku slalu terbayang, bila terjadi mcm ni... nk lari masuk bilik air je sbb ade air at least boleh ba ...

biasa dalam kebakaran mati sebab keracunan dulu..
Quote Artemesiaa 6-2-2017 02:21 PM
chickenwing replied at 6-2-2017 01:39 PM
takziah untuk family mangsa. Kebanyakkan rumah2 skrg memang pasang grill sebab penyamun ramai sangat ...

Kalau rumah jenis bergrill ni kena pastikan salah satu tingkap dibahagian atas dan di bahagian bawahnya boleh dibuka ala2 tingkap dah di lock dengan mangga je bukan di seal habis.  Tapi kena pastikan kunci mangga tadi ada kat tempat yang senang dicapai semasa berlakukan kecemasan atau kebakaran cam ni.  



Quote talapia 6-2-2017 02:22 PM
fcl29 replied at 6-2-2017 01:49 PM
aku slalu terbayang, bila terjadi mcm ni... nk lari masuk bilik air je sbb ade air at least boleh ba ...

majority mangsa mati bukan sebab terbakar or melecur... tapi sebab gas beracun. kebanyakan orang memang kalau kebakaran... automatik akan pergi toilet.. sebab konon dlm toilet ada air. bole spray2.. hehe.. tak bole ye.. tak berguna pon.

the best way.. kalau api marak dari bawah...  tutup segala lubang2 pintu dengan kain.. jangan bagi asap masuk. asap tu pembunuh no 1.
kalau kata terpaksa redah kawasan terbakar untuk keluar... amik blanket tebal... basahkan. bungkus badan  dengan blanket tu... merangkak keluar.
kenapa kena merangkak? sebab asap pada peringkat awal akan berkumpul di bahagian atas. kalau dah habis penuh 1 rumah dengan asap.. dah arwah dah semua. pengsan dulu.
pastikan setiap bilik dibuat grill keselamatan yang bole dibuka. letak kunci grill ditempat yang berhampiran dengan grill tapi jangan la tayang utk pencuri pulak. bagi tahu ahli keluarga letaknya kunci grill tu. in case of fire... just bukak n keluar. tak perlu nak menangis2 mintak tolong mak ayah. dalam keadaan macam ni.. mak ayah pon tak mampu nak selamatkan diri sendiri.. apa lagi anak2.



Lihat semua komen(115)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 06:51 PM GMT+8 , Processed in 0.052925 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top