Artis tanah air masa kini kelihatan seperti berlumba-lumba untuk mencari sumber pendapatan sampingan dengan mengusahakan sesuatu perniagaan. Tidak terkecuali dengan aktres Nelydia Senrose. Namun, jika artis lain memilih untuk menjual minyak wangi, tudung, kosmetik ataupun pakaian muslimah, Nelydia pula bakal mengeluarkan pakaian tidur.
Mungkin dengan kelainan ini, ia akan membuat perhatian orang ramai akan lebih tertumpu pada produk aktres itu. Siapa tahu kan? "Saya memutuskan untuk tampil dengan perniagaan baju tidur kerana ia begitu dekat dengan diri. Saya sukakan baju tidur, malah pendek kata, semua golongan wanita menyukainya.
"Cuma, saya rasakan sebelum ini tidak ramai orang yang berani membicarakannya secara terbuka. Tiada salahnya pun untuk menjual baju tidur kerana ia keperluan wanita," katanya kepada BH Online. Tambah Nelydia yang bakal mengeluarkan pakaian tidur dengan jenama Impian by Nelydia, idea perniagaannya itu tercetus sejak tahun lalu lagi. "Impian saya adalah untuk berjaya dengan perniagaan ini dan melihat semua wanita di luar sana memakai pakaian tidur yang cantik. "Sejak itu, saya mula memilih material yang sesuai dan betul-betul selesa untuk dipakai. Prosesnya memang panjang dan saya sangat teliti dalam hal ini," katanya. Wah, memang jarang-jarang artis mempromosikan pakaian tidur untuk perniagaan masing-masing. Malah hanya segelintir sahaja yang berani melakukannya termasuk Farah Asyikin dan Winnie K. Apapun, semoga Nelydia berjaya dalam apa jua yang diceburinya. - CARI
|
5
Bagus |
14
Marah |
11
Terkejut |
7
Sedih |
11
Lawak |
4
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
RatuDunia94 replied at 10-2-2017 11:36 AM
Kak Raja Ema dh lama buat nok..
ADVERTISEMENT