Rabu lalu, seorang lelaki bertindak bogel dengan hanya memakai stokin berserta kasut sambil pegang kipas di tangan kanannya, gelagat tidak senonohnya itu terkejut dilihat oleh penghuni wanita ketika keluar dari lif unit pangsapurinya di Relau.
Memetik laporan mstar, lelaki itu tidak tidak mengendahkan wanita berkenaan dan terus berlegar-legar di koridor unit pangsapuri tersebut pada kira-kira 1 pagi. Susulan itu, wanita berkenaan segera menghubungi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung untuk mendapatkan bantuan. Menurut pengerusinya, Frankie Kee yang juga pegawai khas Ahli Dewan Undangan Negeri Paya Terubong, Yeoh Soon Hin, lelaki itu masih berada di bangunan itu ketika tiga anggota kami dan pihak polis tiba di tempat kejadian sejurus menerima panggilan wanita itu. "Kami cuba memujuknya supaya memakai baju tetapi tidak berkesan."
"Lelaki itu memberitahu, Dewi Mazu yang memberitahunya supaya berbogel." Kejadian itu berjaya diselesaikan, apabila salah seorang anggota JKKK berlakon seolah-olah dirasuk Mazu, barulah lelaki itu mengikut permintaan dan memakai bajunya. Menurut Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wanid, lelaki berusia 38 tahun itu telah dihantar ke hospital psikiatrik Jalan Perak untuk pemantauan.- CARI |
7
Bagus |
17
Marah |
13
Terkejut |
11
Sedih |
10
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT