Wah, murahnya hati bintang Bollywood terkenal, Amitabh Bachchan yang mendermakan hampir RM340,000 (Rs 51 lakh) sebagai sebahagian daripada dana yang akan digunakan untuk membina sebuah auditorium di sebuah universiti di Delhi, Kolej Kirori Mal (KMC), di mana dia menamatkan pelajarannya.
Menurut portal The Times Of India, dalam sebuah majlis perjumpaan alumni pada Rabu lalu, Bachchan mengimbau kenangan manisnya ketika menuntut di kolej berkenaan. "Apa sahaja yang kita peroleh ketika menuntut di kolej atau sekolah, kenangan itu akan kita ingat sampai bila-bila. "Hampir setiap masa, kita akan mengimbau kembali kenangan masa lalu kita seperti melihat bayangan kita di cermin," katanya.
Ramai bintang lain turut menghadiri majlis itu termasuk Vijay Krishna Acharya, Ali Abbas Zafar dan Kabir Khan. "Kebanyakan daripada pembikin filem lahir dari KMC ini. "Jadi, alangkah bagusnya jika kita boleh bina sebuah auditorium sempena memperingati guru drama kita, Frank Thakurdas yang memberi inspirasi kepada kita untuk berkecimpung dalam dunia teater dan perfileman," tambahnya. Wah, bagus Amitabh Bachchan ni mahu melakukan sesuatu sempena memperingati guru yang banyak berjasa dalam membentuknya menjadi seorang yang berjaya seperti hari ini. - CARI
|
8
Bagus |
20
Marah |
17
Terkejut |
23
Sedih |
20
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT