CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Akibat Digigit Lotong Liar, Penoreh Getah Terkoyak Paha Kanan

11-2-2017 02:03 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 9864| Komen: 47


"Dalam kumpulan kera itu terdapat seekor lotong jantan dewasa di atas tanah, manakala kera berada di atas pokok dan saya ingat ia perkara biasa dan tak hiraukan haiwan itu."


"Tiba-tiba lotong setinggi 0.4 meter itu menerkam kaki saya. Berlaku pergelutan dan saya tendang dan pukulnya dengan pisau penoreh, tapi ia sempat gigit paha kanan saya sampai seluar jeans berlubang," 

Demikian Ghazali Ismail menceritakan detik cemas yang dialaminya ketika sedang menoreh di kebun getah miliknya yang terletak kira-kira satu kilometer dari rumahnya di Kampung Kubang Palas, Padang Sanai pagi kelmarin, sebelum didatangi sekumpulan kera dari kawasan hutan berdekatan.

Memetik laporan Astro Awani, akibat kejadian yang berlaku kira-kira 9.30 pagi, beliau terpaksa menahan kesakitan paha kanannya yang terkoyak kira-kira 20 minit sambil menunggang motosikal untuk pulang ke rumahnya sebelum dibawa ke Hospital Kuala Nerang (HKN).


Menurut Ghazali, kejadian serangan lotong itu bukanlah pertama kali berlaku di kawasan berkenaan kerana sebelum ini empat orang penoreh pernah diserang haiwan itu hingga menyebabkan kecederaan.

"Saya berharap pihak PERHILITAN dapat mengesan dan menangkap lotong ini kerana ia sangat berbahaya kerana bertaring dan (gigitannya) berbisa terutama kepada wanita dan kanak-kanak."
 
Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia, Muhammad Ali Che Man ketika dihubungi berkata, pihaknya ada menerima laporan berhubung kejadian itu pada 11.09 pagi semalam.

Difahamkan Ghazali telah arahkan pasukan dari Hulu Muda Gubir untuk menjalankan proses mengesan haiwan tersebut. - CARI

sumber foto: http://img.astroawani.com/

11

Bagus
22

Marah
26

Terkejut
14

Sedih
14

Lawak
20

Bosan

Friends Rank (107 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote helle 11-2-2017 02:14 PM
Kera kat belakang rumah kakak jahat..pernah 2 kali culik bawak lari kitten masuk hutan..xtau apa nasib miaw tu
Quote MissNigga 11-2-2017 02:17 PM
helle replied at 11-2-2017 02:14 PM
Kera kat belakang rumah kakak jahat..pernah 2 kali culik bawak lari kitten masuk hutan..xtau apa nas ...

kena rogol ler tu kowt ...
Quote ronapink 11-2-2017 02:35 PM
jahatnya lotong...


Quote binisupir 11-2-2017 02:56 PM
tak padan dengan comel.. jahat gile lotong
Quote hdon 11-2-2017 02:59 PM
Ganas nya lotong
Quote DeeHanania 11-2-2017 04:29 PM
X sangka muka yg comel, garang kmain
Quote helle 11-2-2017 05:08 PM
MissNigga replied at 11-2-2017 02:17 PM
kena rogol ler tu kowt ...

Tak rasanya..sebab masa die datang ambush tu segerombolan ada la 30 ekor..mestilah ada jantan betina kan..kitten tu baru 2 minggu lubang bontot pun halus..kata nak buat anak angkat, nak bagi makan apa..daun?akak doakan yg baik2 jer buat miaw tu..
Quote mesmerize 11-2-2017 05:32 PM
serious la lotong serang orang? umah parents ai ada sekor lotong ni kadangkala berkunjung. sebab nak makan buah mempelam kat laman rumah. nampak macam harmless. tapi besar la saiz dia berbanding monyet2 kera2 biasa.
Quote Scintilla 11-2-2017 05:49 PM
Jahatnya Acong!!
Quote dinopower 11-2-2017 06:20 PM
MissNigga replied at 11-2-2017 02:17 PM
kena rogol ler tu kowt ...

teringat kat laba.... dah kena gilis lori ke ape  
Quote MissNigga 11-2-2017 06:26 PM
helle replied at 11-2-2017 05:08 PM
Tak rasanya..sebab masa die datang ambush tu segerombolan ada la 30 ekor..mestilah ada jantan beti ...

kengkadang .. kera betino ni, kalo tyme berpantang kematian anak ...
akan curi baby kera or nate layen utk dipelihara ...
hopefully ... kitten tu dah besau menjadi pak rimo ... hasil dipelihara oleh kera kera dalam hutan
Quote MissNigga 11-2-2017 06:29 PM
dinopower replied at 11-2-2017 06:20 PM
teringat kat laba.... dah kena gilis lori ke ape

hahahaaaa.. khenz... lama dah tak nampak kelibat dia kat porem ni...tu ar..riso gak ni ... kot kot dah aruah ...
Quote MissNigga 11-2-2017 06:29 PM
dinopower replied at 11-2-2017 06:20 PM
teringat kat laba.... dah kena gilis lori ke ape

hahahaaaa.. khenz... lama dah tak nampak kelibat dia kat porem ni...tu ar..riso gak ni ... kot kot dah aruah ...
Quote MissNigga 11-2-2017 06:30 PM
tu dia... terposting sampai 2 kali ... bengong punya internet
Quote wi_haryati 11-2-2017 06:57 PM
helle replied at 11-2-2017 02:14 PM
Kera kat belakang rumah kakak jahat..pernah 2 kali culik bawak lari kitten masuk hutan..xtau apa nas ...

di siat2nya la tu.... sian miaw tu... tingat kat umah ni dulu penah jadi sekumpulan hanjing2 liar, banyak hari dok usha meow gelandangan kat area sini. satu pagi tu dapat anak meow.. menyalak mcm dapat 10 eko. pagi2 nan buta aku gigih kutip batu beso dalam akuarium baling hanjing2 tu. tapi meow dah habis depa kerjakan..
Quote shernazz 11-2-2017 06:58 PM
dolu mase kekecik
bapak aku mesti ckp cm lutong..sebab muka comot bedak
patut laaa
Quote WhiskeyScotch 12-2-2017 12:13 AM
Geramnya tengok muka lotong tu. Rasa nak berus-berus je.
Quote buapakperut 12-2-2017 08:16 AM
Oh ini lotong.... Ganas no... Kalau dia dtg tembak terus
Quote sebu 12-2-2017 08:36 AM
MissNigga replied at 11-2-2017 06:30 PM
tu dia... terposting sampai 2 kali ... bengong punya internet

Aku ingat nick tolomana tu dia

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 08:56 PM GMT+8 , Processed in 0.058770 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top