Siapa yang tak kenal dengan apam balik. Apam balik merupakan salah satu kuih yang harus dibeli setiap kali mengunjungi pasar malam. Bagi anda yang rajin memasak dan mencuba masakan baru, apa kata kali ini cuba buat sendiri apam balik pula!
Anda sebenarnya boleh letak apa sahaja sebagai inti mengikut cita rasa lidah anda. Jadi kali ini, kita cuba buat apam balik inti kismis atau campuran buah-buahan, kacang dan gula! Resipi ini dikongsi Joha Hassan menerusi laman Facebook Masak Apa Hari Ni.. (MAHN). Bahan-bahannya 4 cawan tepung naik sendiri
2 sudu besar tepung jagung 5 sudu besar gula pasir 2 biji telur Secubit garam 1/4 sudu teh serbuk penaik 1/4 sudu teh soda bikarbonat 500 ml pati santan di campurkan dengan 1 cawan air suam Sedikit esen vanila Sedikit pewarna kuning telur Bahan-bahan inti (ikut citarasa) 1 mangkuk kacang goreng, ditumbuk halus 1 mangkuk jagung manis dalam tin 1 mangkuk gula pasir Kismis atau buah-buahan campuran Peanut butter Krim Cheese Cara membuatnya 1. Campur tepung, garam dan gula. Gaul rata. 2. Masukkan serbuk penaik dan soda bikarbonat. Kacau rata. 3. Masukkan dua biji telur, santan dan sedikit air suam. Pukul semua bahan sehingga sebati. (Tepung nya jangan terlalu pekat atau cair). 4. Masukkan esen vanila dan pewarna. Gaul rata dan ketepikan. 5. Panaskan kuali rata yang tak melekat (non-stick pan) dan masukkan doh secukupnya ke dalam kuali dan ratakan sehingga menjadi bulat sempurna. (Tip untuk mendapatkan kulit apam yang tebal: Guna api yang kecil, biarkan doh masak secukupnya sebelum memasukkan intinya). 6. Bila buih-buih kelihatan, tunggu hingga ia hampir kering. Kemudian, masukkan jagung, kacang goreng dan gula pasir secukupnya. Tip: Jangan letak terlalu banyak nanti ia akan terkeluar bila dilipat dua). 7. Lipat dua lempeng anda. (Tip: Untuk mendapatkan kulit kempeng kelihatan bersih dan rata, jangan letak sebarang minyak atau mentega ketika membakar lempeng). Kalau menjadi dan sedap, pasti sangat berpuas hati terutama jika dimakan bersama yang tercinta. Selamat mencuba! - CARI Kredit Resipi: Joha Hassan
|
23
Bagus |
34
Marah |
16
Terkejut |
27
Sedih |
24
Lawak |
21
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT