CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bot Meletup, Seorang Kritikal, Lapan Komando VAT 69 Yang Lain Cedera

14-2-2017 10:41 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 4317| Komen: 17


Sembilan anggota Komando 69 (VAT 69) cedera apabila bot yang mereka naiki meletup di Jeti Pangkalan Polis Marin, dekat Kampung Acheh, Sitiawan, jam 9.30 pagi kelmarin.


Seorang anggota komando terbabit dilaporkan dalam keadaan kritikal. Beliau difahamkan mengalami kecederaan kepala serta dalaman dan kini berada dalam keadaan koma.

Memetik laporan PRU14.tv, semua anggota komando yang tercedera dihantar Hospital Seri Manjung (HSM) dengan dua daripada mereka berada di zon merah, enam di zon kuning dan seorang di zon hijau.

Pemangku Ketua Polis Perak, Deputi Komisioner Hasnan Hassan berkata, letupan itu disebabkan oleh kerosakan enjin.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, Hasnan berkata, berdasarkan siasatan awal, bot itu meletup apabila anggota terbabit cuba menghidupkan enjin.

“Tidak ada bahan letupan pada masa itu. Sembilan anggota cedera tetapi tiada sebarang kemalangan jiwa. Ketika kejadian, anggota terbabit sedang melakukan latihan rutin mereka di Pangkalan Marin.”

Siasatan terperinci akan dijalankan untuk menentukan punca enjin meletup, ujar DCP Hasnan.- CARI


sumber foto: http://www.pru14.tv & ismaweb.net

sumber foto: http://www.pru14.tv
9

Bagus
9

Marah
6

Terkejut
8

Sedih
6

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (45 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tongkatwaran75 14-2-2017 07:10 AM


Subramaniam (tengah) menziarahi seorang komando yang cedera selepas bot tempur dinaiki meletup dalam kejadian di Jeti Marin, Kampung Acheh dekat Manjung semalam.


Quote haryatie 14-2-2017 08:14 AM
siannya...
smoga smua yg terlibat cpt sembuh
Quote esbatu 14-2-2017 08:22 AM
Allahu...semoga cepat sembuh
Quote chinta89 14-2-2017 10:21 AM
semoga cepat sembuh... kesiannya lahai
Quote miemiecha 14-2-2017 11:52 AM
Edited by miemiecha at 14-2-2017 11:55 AM

yg kritikal itu bapa saudara kepada sahabat saya..

katanya pendarahan otak n dah tebuk peparu katanya..

mohon kalian mendoakan..
Quote syanamir 14-2-2017 11:56 AM
semoga allah menyembuhkan kecedaraan kalian.. aminnn
Quote insulin 14-2-2017 12:05 PM
Takziah kepada semua yang terlibat.
Quote MissMamamia75 14-2-2017 02:07 PM
Semoga selamat & kembali sihat semuanya..
Dah la susah nak lepas/success training Komando ni..
hanya yg cekal & kental je mampu
Quote Loxlaxman 14-2-2017 02:18 PM
Ini baru betul berul askar....takziah, moga cepat sembuh.
Quote rosasa 14-2-2017 02:25 PM
syafakallah abam2 semua
Quote ronapink 14-2-2017 07:24 PM
disoakan semoga cepat sembuh
Quote meya 16-2-2017 11:45 AM
Semoga cepat sembuh semua..Aamiin.
Quote me1eis 19-2-2017 01:37 AM

Quote PongKang 19-2-2017 02:20 AM
siannya.. semoga cepat sembuh
Quote Decaffeinated 19-2-2017 06:37 PM
Loxlaxman replied at 14-2-2017 02:18 PM
Ini baru betul berul askar....takziah, moga cepat sembuh.
Pemangku Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan berkata, semasa kejadian, sembilan anggota polis itu sedang menjalani latihan rutin di pangkalan marin berkenaan.


tapi apsal Pemangku Ketua Polis tu kata sembilan anggota polis?...



Quote Decaffeinated 19-2-2017 06:39 PM
“Letupan itu berpunca daripada kerosakan enjin bot dan tiada bahan letupan lain yang terlibat dalam kejadian tersebut,” kata beliau di sini semalam.

orang lain pun ada boat tapi apasal takde yang enjin meletup sampai tercampak bagai....?... aku tanya k



Quote mesmerize 19-2-2017 06:41 PM
Edited by mesmerize at 19-2-2017 06:43 PM

tapi latihan komando mmg teruk
aritu tengok kat fb youtube ada orang share .. masuk national geographic ke apa tah.. pasal Malayia GGK Commando.. special elite force malaysia
setakat patah riuk, tulang terkeluar dari kulit.. mmg biasa.. yg mati pun ada

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:05 AM GMT+8 , Processed in 0.152412 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top