Alahai, kasihan Zulin Aziz. Keseronokan bercuti bertukar menjadi sebuah penantian berikutan dirinya terkandas di Pulau Tioman sejak kelmarin.
Menurut Harian Metro, pelakon dan pengacara itu merupakan antara 500 terkandas. Difahamkan, Zulin sepatutnya menaiki feri untuk pulang ke Mersing, Johor pagi kelmarin, namun cuaca buruk dan ombak besar tidak mengizinkannya. Jabatan Maritim di sana mengarahkan mereka untuk menunggu sehingga Jumaat ini seandainya keadaan cuaca mengizinkan mereka untuk pulang.
“Saya bimbang kerana wang yang dibawa makin berkurangan dan keadaan juga makin sukar kerana di sini tiada kemudahan mesin ATM. “Wang yang ada pun hanya cukup-cukup untuk beli makanan dan minuman. Selain itu, liputan talian telefon di sini juga tidak menentu,” katanya kepada Harian Metro. Sebelum itu, Zulin bersama beberapa rakannya tiba di pulau berkenaan petang Jumaat lalu dari jeti Mersing. “Ketika itu juga cuaca agak buruk selain ombak besar hingga feri turut dinaiki air. Saya dan rakan-rakan menjerit ketakutan, malah turut mengalami mabuk laut. Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa dua jam menjadi tiga jam,” katanya. Pengacara itu turut berharap mereka yang terkandas dapat dibantu dan dibawa pulang dengan kadar segera. Lucu pun ada juga apabila membaca kisah Zulin terkandas di sebuah pulau peranginan. Apapun, semoga Zulin dapat bertahan di pulau itu dan segera 'diselamatkan'. - CARI
|
14
Bagus |
18
Marah |
16
Terkejut |
19
Sedih |
22
Lawak |
22
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
bellaa replied at 14-2-2017 07:33 AM
Dah terbayang aksi zulin berbukini ala2 dugong terdampar di laut
ADVERTISEMENT