CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pilihan Raya Tempatan Indonesia: Ahok Mendahului Dalam Pengiraan Awal

16-2-2017 12:03 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 9088| Komen: 170

Hari ini, berlangsungnya pilihan raya tempatan di beberapa wilayah di Indonesia, kerusi Gabenor Jakarta paling menjadi tumpuan selepas kempen selama empat bulan di ibu negara itu dibayangi ketegangan agama.


Memetik laporan The Jakarta Post, pusat pengundian dibuka lebih awal di wilayah Papua di timur Indonesia sebelum undian di Jakarta tersebut bermula beberapa jam kemudian.

Penyandang jawatan gabenor Jakarta, Basuki Thahaja Purnama atau lebih dikenali sebagai Ahok yang masih dalam perbicaraan kes menghina Al-Quran, turut bertanding dalam pilihan raya tersebut tetapi kemenangan dikhuatiri mencetuskan bantahan penduduk Islam yang sebelum ini mengadakan demonstrasi terhadap beliau.

Ahok yang merupakan penganut Kristian berketurunan Cina, berdepan cabaran daripada dua calon beragama Islam, Agus Yudhoyono, anak bekas Presiden Susilo Bambang Yudhoyono dan bekas menteri pendidikan, Anies Baswedan..

Secara keseluruhan, sebanyak 101 pemilihan diadakan di seluruh Indonesia termasuk 7 wilayah, 18 bandar dan 76 daerah untuk memilih pemimpinnya. 


Bilangan pengundi yang layak berjumlah 41 juta orang dan calon pemilihan sebanyak 337 kumpulan.

Tumpuan pastinya beralih di Jakarta yang menyaksikan pemenang kerusi gabenor berpeluang luas untuk bertanding dalam pilihan raya presiden.

Setakat 8 malam kelmarin, berdasarkan pengiraan undian awal yang tidak rasmi menunjukkan Basuki Tjahaja Purnama atau Ahok memperoleh undian hampir 43% mendahului pencabarnya. 

Keputusan awal pilihan raya tersebut dijangka dikeluarkan seawal pukul 3 petang waktu Malaysia.- CARI

sumber foto: The Jakarta Post

sumber foto: The Jakarta Post
sumber foto: The Jakarta Post



Bagus
1

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote RED 666 16-2-2017 12:29 PM
Indon majoriti muslim pun rela diperintah cina kristian ya, sapa2 jadi gabenor jakarta ni biasanya ada harapan jd presiden indon, nmpknya indon bakal dpt presiden cina beragama kristian
Quote ..aetis 16-2-2017 12:31 PM
RED 666 replied at 16-2-2017 12:29 PM
Indon majoriti muslim pun rela diperintah cina kristian ya, sapa2 jadi gabenor jakarta ni biasanya a ...

sume kaum memang ade harapan nak  jadi presiden kat indon tak kisah bangsa dan agama ,,indon negara sekuler
Quote kelana36 16-2-2017 12:34 PM
ini belum campur penyokong AHOK yang kat malaysia lagi ni., yang tak hadir H355  nanti..
Quote herrhughie 16-2-2017 12:36 PM
RED 666 replied at 16-2-2017 12:29 PM
Indon majoriti muslim pun rela diperintah cina kristian ya, sapa2 jadi gabenor jakarta ni biasanya a ...


nampaknya indonesian lebih bijak pilih berbanding dgn ketuanan yg racist dan talibanese
Quote bellxx 16-2-2017 12:39 PM
hmmmmm janji indonesia bertambah maju
Quote AbukRokok 16-2-2017 12:59 PM
kalu ahok menang Dzakarta bakhalan bermandi darah
seronoknya.
Quote herrhughie 16-2-2017 01:00 PM
nanti semua muslim combined under 1 vote. muslim win
Quote shamsadis 16-2-2017 01:03 PM
Nanti ahok memang terjadi rusuhan, pastu ahok dijatuhkan
Quote highcastle 16-2-2017 01:09 PM
Susah nak cakap pengundi skg, yg si Trump tu kl tgk masa pemilihan presiden mcm xde harapan langsung, tup2 menang lebih besar..........
Quote Voyagers 16-2-2017 01:20 PM
AHOK - DJAROT
42.87%

ANIES - SANDIAGA
39.76%

AGUS - SYLVIANA
17.37%


kalau tak ada siapa dapat 50% , akan ada pusingan kedua

Quote deezeck 16-2-2017 01:25 PM
Biasanya kiraan awal di lokasi urban utama yang dikuasai cina dan liberal

Apapun, jumlah undian akhir sebenar adalah menggambarkan demografi sebenar jakarta
Quote dauswq 16-2-2017 01:29 PM
muslim liberal, democrat, penyokong fanatik parti jokowi konfem akn sokong ahok ini

manakala

muslim konservatif, ekstremis dan sesetengah kumpulan parti serpihan akn sokong calon ke-2/3
so ade split votes antara mereka..

Quote ..aetis 16-2-2017 01:33 PM
nampak sangaaaat rakyat malaysie amat meminati segala perihal tentang indonesia

sampai pilihan raya pon ramai rakyat malaysia yang mengikuti perkembangannye

tak macam pilihan raya malaysie tak de satu pon media indon yang ambik kisah
Quote deezeck 16-2-2017 01:36 PM
Kita tidak akan sesekali mengikut kaedah republik seperti indonesia

Jika tidak, jawatan gabenur jika diwujudkan di kuala lumpur contohnya, pasti dikuasai calon cina DAPig

Hidup sistem demokrasi Raja Berperlembagaan!
Quote RED 666 16-2-2017 01:40 PM
..aetis replied at 16-2-2017 12:31 PM
sume kaum memang ade harapan nak  jadi presiden kat indon tak kisah bangsa dan agama ,,indon negar ...

Kat asia tenggara ni negara yg pernah dan sedang diperintah cina ialah singapork, thailand dan filipina. Indon bakal masuk senarai jika ahok jd presiden suatu hr nanti
Quote ..aetis 16-2-2017 01:42 PM
RED 666 replied at 16-2-2017 01:40 PM
Kat asia tenggara ni negara yg pernah dan sedang diperintah cina ialah singapork, thailand dan fil ...

tak de hal langsung  ,,bukannya  kacau malayse pon
Quote RED 666 16-2-2017 01:43 PM
deezeck replied at 16-2-2017 01:36 PM
Kita tidak akan sesekali mengikut kaedah republik seperti indonesia

Jika tidak, jawatan gabenur j ...

Kl dah ada jwatan datuk bandar, lebih krg gabenor la tu

Siam pun sistem mcm msia raja berperlembagaan tp pmnya byk yg cina
Quote zach2008 16-2-2017 01:43 PM
Yg layak mengundi pun dah jauh lbh byk dr seluruh penduduk malaysia
Quote deezeck 16-2-2017 01:44 PM
RED 666 replied at 16-2-2017 01:43 PM
Kl dah ada jwatan datuk bandar, lebih krg gabenor la tu

Siam pun sistem mcm msia raja berperlem ...

Sebab itu bagus kekalkan sistem sediada

Say no to republic system like indon

Lihat semua komen(170)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 04:09 AM GMT+8 , Processed in 0.059561 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top