CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Berdiam Diri Kerana Bimbang Ganggu Proses Siasatan" - Idris Khan

22-2-2017 09:48 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 13796| Komen: 69|Original author: Oleh: Maly Rosli

Tak habis lagi rupanya kontroversi gambar lucah yang mengaitkan nama Idris Khan dan Atikah Suhaime.

Memetik laporan BH Online semalam, pelakon berusia 28 tahun itu menegaskan dirinya bukan pengecut mahu lari atau mengambil sikap berdiam diri, sebaliknya dia bimbang sebarang kenyataan yang dikeluarkan akan mengganggu proses siasatan pihak berkuasa.




"Saya dinasihatkan polis dan peguam supaya tidak membuat sebarang kenyataan kerana bimbang ia akan mengganggu proses siasatan. 

"Namun, apa yang boleh saya kongsi setakat ini adalah siasatan dilakukan sudah pun selesai 70 peratus. Jadi, saya menunggu kertas siasatan itu lengkap, kemudian saya akan fikirkan mengenai tindakan seterusnya yang bakal diambil," katanya.


Tambah Idris yang tidak mahu isu terbabit kian meleret dan sebolehnya mahu melupakannya menyerahkan kes itu kepada pihak berkuasa untuk membuat siasatan.

"Saya bersyukur kerana kontroversi yang berlaku tidak mengganggu perjalanan seni saya. Walaupun ada yang melihat saya agak sepi selepas kontroversi berkenaan, namun dari segi tawaran berlakon, ia tidak pernah putus," katanya yang mahu fokus kepada karier seni. 


Foto: IG Idris Khan

Dalam pada itu, Idris mengaku persahabatannya dengan pelakon Ammar Alfian yang didakwanya sebagai dalang penyebaran gambar berkenaan sudah tidak serapat dahulu.

"Kami ada berhubung, tetapi tidaklah sekerap dulu. Lagipun Ammar juga sudah berkahwin, jadi tentunya dia mahu meluangkan lebih masa bersama isteri," katanya.

Rasa-rasanya bila kes Idris Khan ni bakal dinoktahkan, ya? - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote yipun_78 21-2-2017 06:24 PM
sendu... xkenal pon sapa dia
Quote dridri 21-2-2017 06:26 PM
Tak habis habis lagi ke kes dia ni? Ke ada new pictures yg di leakkan ?
Quote prettyuglybabe 21-2-2017 06:30 PM
orang dah diam, dia pulak bercerita pasaipa..
percubaan nak up nama ke..
Quote takayama 21-2-2017 06:33 PM
Sekrg ni dia berlakon drama apa?
Quote mieymiey 21-2-2017 06:33 PM
I dah lupa sebenarnya gimana rupa gambar Derih dengan Tikah 3some, tapi bila buka benang ni terhidanglah kembali gambar itu
Quote mokcikKSKB 21-2-2017 06:36 PM
Bosannnnnn...betahun dh kot
Quote Revo2k16 21-2-2017 06:44 PM
Mukamintaklempang
Quote kiah_mai_pulak 21-2-2017 06:45 PM
yipun_78 replied at 21-2-2017 06:24 PM
sendu... xkenal pon sapa dia

Ko dtg dari celah mana nokk?? Giler ko X kenal, sebut je 3some otomatik org dah tahu sape..    
Quote bambimo 21-2-2017 07:12 PM
Bolster kuning kepam
Quote af_mania 21-2-2017 07:14 PM
Macam mana agaknya proses siasatan oleh polis pdrm?? Adakah heshe dipaksa berbogel depan abam/akak polis untuk pengesahan gambar bogel??
Quote sepitsiput 21-2-2017 07:31 PM
kemaluan heshe kelihatan lembik dlm pic
Quote annadonna 21-2-2017 07:40 PM
siasatan polis konon.
Quote sharlenetexas 21-2-2017 07:41 PM
jadi pornstar tempatan ajelah dik deris.
Quote sharlenetexas 21-2-2017 07:42 PM
jadi pornstar tempatan ajelah dik deris.
Quote MyNameIsIris 21-2-2017 07:45 PM
prettyuglybabe replied at 21-2-2017 06:30 PM
orang dah diam, dia pulak bercerita pasaipa..
percubaan nak up nama ke..

Wartawan yang tanya  
Quote MyNameIsIris 21-2-2017 07:45 PM
takayama replied at 21-2-2017 06:33 PM
Sekrg ni dia berlakon drama apa?

Drama pakai baju budak sekolah  
Quote MyNameIsIris 21-2-2017 07:47 PM
Takpe deris... teruskan jalan.. jangan menoleh lagi. Go deris goo deris
Quote samasam90 21-2-2017 07:49 PM
apa jadi dengan kawan theyolls, ammar?
Quote hareeeesah 21-2-2017 08:14 PM
Edited by hareeeesah at 21-2-2017 08:16 PM

Apa nama thread ni eh? Link ke?

Tak jumpa.
Edit: Nevermind. Dah jumpa: https://mforum.cari.com.my/forum ... p;extra=&page=1

Lihat semua komen(69)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:39 PM GMT+8 , Processed in 0.054494 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top