Pagi tadi Kawasan Perindustrian Tuas View Crescent di Singapura mengalami kebakaran yang teruk, hampir 200 orang telah diarah segera beralih dari kawasan itu.
Menurut Channel NewsAsia, kawasan kebakaran itu merupakan loji pengurusan sampah dan pihak bomba sedang giat memadam api di tempat kejadian itu. Di laman rasmi Facebook Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan sekitar 200 anggota yang membabitkan 9 buah kereta bomba ke tempat kejadian bersama dengan sembilan kereta bomba, lima Red Rhino, empat mesin memadamkan kebakaran tanpa pengendali, 15 kenderaan sokongan dan sebuah ambulans telah dihantar ke lokasi kejadian untuk menghulurkan bantuan. Berikutan kebakaran tersebut melibatkan bahan-bahan sisa kimia dan mudah terbakar, justeru itu dari masa ke masa boleh kedengaran bunyi letupan di premis yang terjejas. Orang ramai dinasihati menjauhi diri dari kawasan itu, manakala pihak polis telah menutup kawasan berhampiran Tuas South Ave 3 dan Tuas View Crescent untuk menghalang orang ramai mendekatinya. - CARI
|
10
Bagus |
8
Marah |
7
Terkejut |
14
Sedih |
20
Lawak |
4
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Equalizer replied at 23-2-2017 07:01 PM
Dulu aku pernah pergi interview apply kerja dgn satu petrochemical company di pasir gudang, jb. temp ...
raxief replied at 23-2-2017 07:47 PM
kilang ape wei? aku dgr org ckp titan @ lotte
Equalizer replied at 23-2-2017 11:01 AM
Dulu aku pernah pergi interview apply kerja dgn satu petrochemical company di pasir gudang, jb. temp ...
ADVERTISEMENT