CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Berkhalwat Dengan Wanita Bukan Muhrim, Lelaki Rebah Disebat 22 Kali

28-2-2017 10:35 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 5601| Komen: 34

Selepas didapati bersalah berkhalwat dengan wanita yang bukan muhrimnya, lelaki berumur 27 tahun, Herizal Yunus dihukum sebat di khalayak ramai semalam.

Bagaimanapun, memetik laporan Daily Mail, Herizal dilaporkan rebah setelah dirotan lapan kali di khalayak ramai di sebuah masjid di Bandar Aceh, Indonesia.

Kemudian, petugas membawa Herizal turun dari pentas dan seorang doktor memeriksanya dan berkata, lelaki itu sihat.

Dia seterusnya dibawa semula ke pentas untuk menerima baki 14 sebatan lagi.

Mahkamah sebelum ini menjatuhkan hukuman sebat sebanyak 22 kali terhadap Herizal selepas dia ditangkap berdua-duaan dengan seorang wanita yang bukan isterinya.

Herizal antara lapan pesalah yang dihukum sebat di khalayak ramai atas pelbagai kesalahan termasuk berkhalwat dan berjudi.


Aceh mula menguatkuasakan undang-undang Islam selepas mendapat kuasa autonomi pada 2001, sekali gus menamatkan pemberontakan di wilayah itu.

Undang-undang Islam mula diperkasakan sejak Aceh menandatangani perjanjian damai dengan Jakarta pada 2005.- CARI

sumber foto: Daily Mail
sumber foto: Daily Mail
sumber foto: Daily Mail


15

Bagus
20

Marah
16

Terkejut
13

Sedih
17

Lawak
30

Bosan

Friends Rank (111 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote esbatu 28-2-2017 10:40 AM
sakitnya tuh di sini
Quote jazaa100 28-2-2017 10:44 AM
Pura pura pengsan ke.....

Sakitnya tuh di sini....
Quote Dovahkiin 28-2-2017 10:57 AM
Purak2 pengsan pulak. Bila sedar 'ter'khalwat, tak pulak pengsan kan? :zz
Quote grouper 28-2-2017 10:59 AM
Gigih sungguh dailymail suka highlight isu mcm ni
Quote Canaletto 28-2-2017 11:00 AM
Dovahkiin replied at 28-2-2017 10:57 AM
Purak2 pengsan pulak. Bila sedar 'ter'khalwat, tak pulak pengsan kan? :zz

Nak test? Sekali sebat siap kulit tercabut, terkencing dan terkincit dalam seluar.
Quote pooh~key 28-2-2017 11:08 AM
grouper replied at 28-2-2017 10:59 AM
Gigih sungguh dailymail suka highlight isu mcm ni

Beria kemenangan islam yang aman damaiiiiiii sesangattttr tuuuuuuu.... haruslah dihighlight bukan, sister?  
Quote kaspar0v 28-2-2017 11:17 AM
aku ingatkan kurus nak pengsan bagai, tembam rupanya
Quote Tipatetipu 28-2-2017 11:34 AM
harap aceh tak akan di landa tsunami lagi & akan lebih maju dari jakarta

Quote Loxlaxman 28-2-2017 11:56 AM
Rotan kecik jer tu..........tahan la sikit, sedap lama dahhhhhhh..
Quote kaktom 28-2-2017 12:02 PM
kaktom nak ingatkan kepada mereka2 yang mempunyai jawatan menghukum orang, jalankan kewajiban denga seadil2nya jangan memilih bulu, memenangkan teman dekat apalagi kaum keluarga dalam menjatuhkan hukum kerana tanggungjawab anda sesungguhnya amat berat sekali.

andaikata anda tidak dapat dan tidak ingin berlaku adil, maka, berikan lah tanggunjawab anda kepada orang yang lebih berhak mengadili.

Quote capiloton 28-2-2017 12:16 PM
Edited by capiloton at 28-2-2017 12:19 PM

berkhalwat kena sebat? undang2 isle mana yg dia ikut?
bukan sepatutnya berzina ker baru kena sebat?

n then bukan senang nak tuduh org ni berzina, melainkan dia sendiri yg mengaku.
or ada saksi 4 orang yg melihat umpama anak kunci masuk dalam mangga kunci.

ini sebab orang sangsi dengan Islam.
org yg practice undang2 isle ni semua takde menunjukkan keindahan dan keadilan Islam.

tengok contoh lobai PAS menzalimi orang2 asli kat gua musang dah cukup.
hari2 cakap pasal Isle, tapi selamba badak merosakkan alam sekitar dan zalim dgn org lain.
Quote aHoi83 28-2-2017 12:16 PM
Le kecil je rotan dia. Drama king sgt pengsan2. Dokter cek kata sehat je
Quote mieymiey 28-2-2017 12:25 PM
Sampai pengsan
Quote pukulrata 28-2-2017 12:34 PM
Mahram

Bermaksud orang yang haram berkahwin dengan kita

Mahram bagi wanita adalah mereka yang boleh memandangnya, berdua dengannya, melakukan safar (perjalanan) bersama, diharamkan bernikah dengannya untuk selamanya dengan sebab fitrah yang menjadikannya mahram. (Lihat: Abu Malik Kamal, Ensiklopedi Fiqh Wanita, jil. 2, m/s. 156)

Begitu juga dengan lelaki.
Contohnya : Mahram kita(perempuan) ialah - Bapa kandung,bapa mertua, anak kandung,anak tiri(anak suami), bapa saudara dari sebelah bapa - lihat di sini

Ajnabi (Bukan mahram)

Ajnabi pula membawa maksud orang asing..iaitu yang bukan suaminya dan juga bukan mahramnya..
maksudnya ..... AJNABI = BUKAN MAHRAM
Senang cerita,ajnabi ini adalah orang yang tidak ada pertalian darah dan boleh kahwin dengannya.

Perempuan dengan lelaki ajnabi WAJIB jaga auratnya,perempuan itu hanya boleh zahirkan muka dan tapak tangan sahaja.

Begitulah juga antara lelaki dan perempuan ajnabi..
Tidak boleh tengok aurat mereka,apatah lagi berdua-duaan.

Muhrim

Muhrim pula bermaksud orang yang sedang melakukan ihram haji ataupun umrah.
Orang ini dilarang melakukan beberapa perkara sepanjang menunaikan kedua-dua ibadat ini sebagaimana yang banyak didperkatakan di dalam kitab-kitab fiqh.

#DONEDAKWAH
Quote fikri 28-2-2017 12:38 PM
Ish ish ish
Quote Mr_Beruk 28-2-2017 12:40 PM
Isle itu indah...
Quote Super-M 28-2-2017 12:43 PM
gila lah yg menyokong tindakkan gini. duduk berduaan je kena sebat. yg ingat dia nipu2 sakit tu merasa lah dlu.. kat sekolah agama taliban aku dlu, ada sorg akak ni kena sebat dgn pasangan kat betis depan perhimpunan. menggigil2 terduduk.padahal rotan kecik je.. kena sebat sbb budak lelaki tu bg surat, pengawas rampas dia xlayan pun kena. wtf..unsur taliban mmg  dr awal kat sekolah aku. lelaki/pompuan lalu kena tutup tingkap kelas, xboleh bckp langsung even psl hal sekolah. pensel jatuh, jgn lah suruh budak lelaki dpn amikkan. kalau xnk kena hempuk.dan aku lah yg biasa kena denda,rotan sbb selalu menentang hukum bodoh mcmtu.patut org bukan islam ckp islam tu sempit bila pengamalnya ntah pape.
Quote emelia1509 28-2-2017 12:52 PM
bertabahlah..

jauhi khalwat..


Quote lil_bratz 28-2-2017 12:55 PM
Super-M replied at 28-2-2017 12:43 PM
gila lah yg menyokong tindakkan gini. duduk berduaan je kena sebat. yg ingat dia nipu2 sakit tu mera ...

eeeee sekolah apa tu wak? kut2 cikgu dgn pengawas yg lelebih taliban tu melayan porno jugadi malam hari. so hiprokit org2 haprak cenggini.

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 10:35 PM GMT+8 , Processed in 0.305859 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top