CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Jangan Seronok Sangat Mencungkil, Sudah Tahu Bahaya Pencungkil Gigi?

3-3-2017 06:33 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5665| Komen: 10|Original author: Oleh: Myra Rozi

Aduh, geram rasanya bila ada sisa makanana yang terselit di celahan gigi! Seperti biasa, kebanyakan dari kita pasti akan menggunakan pencungkil gigi bukan?


Namun tahukah anda menggunakan pencungkil gigi boleh mendatangkan bahaya dan kemudaratan. Perbuatan ini sebenarnya tidak disarankan oleh doktor.

Foto: www.monitor.co.ug
Ini antara sebabnya:

1. Menyebabkan hakisan gusi
Bagi anda yang terlalu asyik mencungkil sisa-sisa makanan yang terselit, ia akan menyebabkan hakisan pada gusi. Kes paling parah pernah dilaporkan adalah pesakit mengalami pendarahan gusi yang berlanjutan.

2. Merosakkan gigi
Kebiasaannya ia bukan sahaja akan mengakibatkan kerosakan gusi, malah gigi juga akan turut terkesan akibat muncung tajam yang terdapat pada pencungkil gigi.

3. Jarak antara gigi akan semakin menjauh
Jika anda sering mencungkil di bahagian yang sama, lama kelamaan ia akan menyebabkan jarak gigi anda semakin menjauh dan mewujudkan ruang di antaranya. Disebabkan itu, kemungkinan besar sisa makanan yang lebih besar akan terselit di celah-celahnya.

Foto: www.boldsky.com
4. Kerosakan enamel gigi
Perasan atau tidak, setiap kali menggunakan pencungkil gigi pasti anda akan menggigitnya sekali? Ini akan membahayakan kondisi enamel gigi anda.

5. Kedudukan gigi berubah
Terlalu kerap mencungkil gigi akan menyebabkan kerosakan pada akar gigi. Ia akan menimbulkan rasa ketidakselesaan bahkan akan menyebabkan anda berasa sseperti sakit gigi.

6. Bau mulut
Memang geli dan memualkan sekiranya anda mempunyai mulut yang berbau. Walaupun sudah mengeluarkan sisa menggunakan pencungkil gigi, namun ia tetap akan menyebabkan nafas yang berbau. 

Sudah tahu tentang bahaya pencungkil gigi, selepas ini biasakan diri anda untuk memberus gigi bagi menghilangkan sisa makanan yang terlekat itu ya. -CARI
14

Bagus
7

Marah
9

Terkejut
7

Sedih
12

Lawak
38

Bosan

Friends Rank (87 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote siskepoh 3-3-2017 06:44 PM
xpndai guna cungkil gigi. sakit
Quote WhiskeyScotch 3-3-2017 08:00 PM
Konklusinya, gunalah dental floss.
Quote makneng 3-3-2017 11:44 PM
Guna dental floss pun mcm lbh kurang ke efek dia. Ke lbh baik guna dental floss. Mohon pencerahan @dodolgemok
Quote pr3ttytw33ty 3-3-2017 11:53 PM
Aku geli tgk org dok cungkil gune benda alah ni. Cam pengotor pn ye.
Quote kimchipedas 3-3-2017 11:54 PM
Doc gigi ai suggest soh pakai interdental brush tu utk korek makanan.celah gigi. So far ok berus tu lembut utk gigi.
Quote mziskandar 4-3-2017 01:09 AM
congkil la camne pun, masuk wahroom. jgn dpn org. turned off.
Quote dodolgemok 4-3-2017 10:17 AM
makneng replied at 3-3-2017 11:44 PM
Guna dental floss pun mcm lbh kurang ke efek dia. Ke lbh baik guna dental floss. Mohon pencerahan @d ...

Mmg floss lgi bagus sbb xde risiko nak tercucuk gusi atau gigi semasa penggunaannya. Tpi dah kalau xde floss boleh je guna cungkil gigi cuma jangan lah cungkil kuat2 atau tonyoh antara dua gigi utk buang sisa makanan.
Quote Leo_Gurlz 4-3-2017 12:41 PM
Aku suka guna dental floss. Lepas makan daging mesti terlekat celah gigi
Quote cahaya_almas 4-3-2017 05:22 PM
Selaly bawa dental floss dlm nbeg...senang time mknn terlekat kt celah2 gigi....hehe...tp wat kat toilet lak..
Quote Artemesiaa 6-3-2017 11:24 AM
Habit je sebenarnya ni kadang bukan perlu nak gunakan pun lebih baik guna floss je

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 12:42 PM GMT+8 , Processed in 0.087909 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top