Sudah mendirikan rumah tangga pada Januari lepas, penyanyi Ainan Tasneem nampaknya kelihatan semakin bahagia. Melalui perkongsian gambar-gambar dan statusnya di laman Instagram, jelas terpancar wajahnya yang semakin berseri-seri.
Baru-baru ini, Ainan menjadi perhatian peminat apabila berkongsi kisah cintanya bersama suami, Mohamad Ariffudin Mohammad Swaimi. Dia juga menceritakan tentang detik-detik perkenalan dengan suami dari mula sehinggalah ke jenjang pelamin.
Menurutnya lagi, dia sudah menerima lamaran daripada Arif selepas hanya sebulan berkenalan. Dalam kapsyennya dia menulis, "Layak ke saya saya jadi isteri awak? Saya tak baik. Tapi awak baik sangat." "Time ni lagi la saya macam damn memang too good to be true betul la mamat ni." Selebihnya boleh baca di sini: Disebabkan status yang dimuat naik itu, ramai yang berkongsi kegembiraan bersama. Namun, malangnya ramai juga yang memberikan komen seperti meluat dan menyampah dengan kisah kemanisan rumah tangganya. Dia juga didakwa menunjuk-nunjuk kebahagiaan sedangkan tiada siapa pun yang kisah. Antara komen: "Simpan sendiri la kan, perjalanan tu masih jauh, setiap masa kite diuji. I tak berkenan sangat orang up pasal laki, pasal bini bagus gitu gini, hujung-hujung, gaduh baling pinggan." "Dok diam-diam sudah la. Betul la tu, musim artis up laki pula. Laki dia la sweet, laki dia la helok segala benda." "Tu pun nak up kat socmed ka??? Semua pakat show off laki alim la, sweet la. Muntah baca hokey." Alahai, kasihan Ainan, mahu berkongsi kisah kebahagiaan pun kena kecam. Bertabahlah ya. -CARI
|
15
Bagus |
20
Marah |
15
Terkejut |
13
Sedih |
23
Lawak |
20
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ALDRIN replied at 5-3-2017 06:55 PM
hauknya writing ko dik....
mcm tulis kat dalam diari je.....set2 perasan up citer sendiri....
dinopower replied at 5-3-2017 06:59 PM
simpan sendiri la kan... perjalanan tu masih jauh.... dn setiap masa kite diuji....
iols tak be ...
ALDRIN replied at 5-3-2017 07:11 PM
motif nk citer laki ko x cukup duit nk kawen...simpan je laaa citer tu....mmg laa... sapa .yg x ba ...
ADVERTISEMENT