CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bas Terjatuh Ke Gaung Sedalam 200 Meter, 24 Penumpang Maut

10-3-2017 12:21 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 3648| Komen: 13

Sekurang-kurangnya 24 orang maut manakala puluhan yang lain cedera selepas sebuah bas terbabas 200 meter ke dalam gaung di barat laut Nepal kelmarin.

Memetik laporan berita Xin Hua Net, pegawai daerah Jajarkot, Suman Kharel berkata, 16 orang penumpang bas terbabit terkorban di tempat kejadian, manakala lapan yang lain disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Katanya, bilangan mangsa yang ramai dalam nahas ngeri berkenaan menyebabkan hospital berdekatan tidak dapat menampung jumlah mangsa dan terpaksa memindahkan sebahagian mereka ke daerah lain untuk rawatan.

“Hospital daerah sesak dengan mangsa yang cedera, dan kita masih mencari lagi mangsa yang berada di tempat kejadian.”

Pegawai daerah berkata, jumlah penumpang melebihi had yang ditetapkan adalah punca kepada kemalangan itu, termasuk keadaan jalan di kawasan tersebut yang sempit dan berbahaya.

Katanya, bas terbabit diselenggara dengan baik namun dia yakin sikap pemandu bas yang membawa kenderaan terbabit secara berbahaya menjadi antara faktor kemalangan itu dan banyak lagi nahas di Nepal.- CARI


sumber foto: www.ndtv.com


37

Bagus
34

Marah
26

Terkejut
15

Sedih
24

Lawak
27

Bosan

Friends Rank (163 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 10-3-2017 12:27 PM
wow
ni.gaung yang slalu lori bas jalan.tepi tepi tuke?
adoi la..ngeri siot
Quote helicornia 10-3-2017 01:07 PM
200 meter..klu idup mmg miracle
Quote rospinki 10-3-2017 01:55 PM
lunyai da bas tu..lahaai kesiannya
Quote Modngengade 10-3-2017 01:59 PM
Ni ala2 jln kat dokumentari tu...yg lori berselisih pun kena bertengkar dulu baru boleh lalu
Quote mommymonster82 10-3-2017 02:07 PM
Orang nepal ni memang jahat kan..pegawai daerah tu belum apa2 dah salahkan driver.. mentang2 driver dah mati.xleh bela diri..
Quote bellxx 10-3-2017 02:08 PM
wehhhh siannnyaaaaa hancur dahhh tuuu
Quote pooh~key 10-3-2017 02:12 PM
mommymonster82 replied at 10-3-2017 02:07 PM
Orang nepal ni memang jahat kan..pegawai daerah tu belum apa2 dah salahkan driver.. mentang2 driver  ...

Kau terngah bersarkastik ke ni sister?  
Quote mommymonster82 10-3-2017 02:13 PM
pooh~key replied at 10-3-2017 02:12 PM
Kau terngah bersarkastik ke ni sister?

Macam pernah jadi je kan..tapi di mana ye?    
Quote Jorja 11-3-2017 03:57 PM
Masa bas jatuh gaung tu apa lah agaknya dlm fikiran mangsa.. news macam ni mengingatkan I tentang mati.. semoga kita mati dalam keadaan baik dan bertutup aurat aib..
Quote ronapink 11-3-2017 03:59 PM
hancur bas            
Quote harrypoter 13-3-2017 12:54 PM
Quote hack3line 13-3-2017 12:57 PM
Paling dahsyat sekali bas jatuh gaung adalah di Bolivia..
National Geographics Channel siap ada buat dokumentari khas lagi pasal banyak sangat bas jatuh gaung kat sana
[youtube]0F9vCpJFdBo[/youtube]
Quote mieymiey 13-3-2017 01:06 PM
keadaan jalan di kawasan tersebut yang sempit dan berbahaya
sikap pemandu bas yang membawa kenderaan terbabit secara berbahaya


Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 02:52 AM GMT+8 , Processed in 0.045111 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top