CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Pulut Mangga Thai Special Mengangkat Selera, Memang Terbaik!

14-3-2017 06:06 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 9661| Komen: 18|Original author: Oleh: Maly Rosli

Bagi yang rajin membelek resipi di internet terutama yang menggemari masakan Thai, anda pasti akan menemui resipi pulut mangga yang kelihatan sangat menyelerakan. Makanan berlemak dan rasa masin yang menyeimbangi rasa manis pulut ini sememangnya akan membuat sesiapa sahaja terliur!


Bagi yang ingin mencuba membuatnya sendiri, sangat digalakkan kerana caranya mudah saja selain tidak terlalu mahal. Bagi yang mahu membeli saja, silakan. Tapi percayalah anda akan berasa lebih puas melayan pemanis mulut hasil daripada air tangan sendiri! 


Foto: FB Viral Oh Viral

Bahan-bahan untuk pulut mangga:
400 gram beras pulut, rendam semalaman
1 cawan santan pekat

1 cawan santan cair
2-3 sudu besar gula
sedikit garam
beberapa helai daun pandan, atau daun pisang
2 sudu besar bijan, dibakar tanpa minyak untuk taburan
3 biji mangga


Bahan untuk kuah santan:
1 cawan santan pekat
1 sudu kecil tepung beras atau tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air
1 helai daun pandan, carik dan simpul
Garam secukup rasa (biar kuah agak masin atau ikut cita rasa)


Cara-cara untuk pulut:
1. Panaskan pengukus dan lapik dulang pengukus dengan daun pisang atau susun daun pandan rapat-rapat.
2. Bilas pulut yang telah direndam semalaman dan tapis keluar airnya. Masukkan ke dalam dulang kukusan dan kukus selama 20 minit atau sehingga lembut. 
3. Apabila sudah lembut, angkat dan masukkan pulut kukus ke dalam mangkuk yang besar.
4. Satukan santan pekat, santan cair, gula dan garam dan kacau sebati. 


Loading FB Post...
Video: FB Viral Oh Viral

5. Tuang bancuhan santan ke dalam pulut yang masih panas tadi. Balik-balikkan pulut dan biar seketika supaya kuah bancuhan meresap ke dalam pulut. Apabila pulut sudah kering meresap kuah santan, ambil garpu dan gemburkan pulut.
6. Hidang bersama kuah santan, buah mangga dan taburan bijan.


Cara-cara untuk kuah santan:
1. Panaskan santan pekat di dalam periuk dan masak di atas api yang sederhana. Masukkan garam, daun pandan dan bancuhan tepung. Teruskan kacau supaya santan tidak berketul. Kalau agak cair masukkan sedikit lagi bancuhan tepung. Anda boleh agak-agak kepekatan di sini.

2. Pastikan kuah mempunyai rasa yang agak masin supaya dapat menyeimbangi rasa manis buah dan pulut. Angkat dan sejukkan.


Foto: Blog Singgahsana Kitchen

Siap dihidang! Series bukan hidung saja terangkat dengan aroma pulut mangga Thai Special ini, kepala pun boleh melayang melayan keenakannya. Lazat tak terkata! Selamat mencuba semua. - CARI


Kredit resipi: FB Viral Oh Viral
5

Bagus
15

Marah
11

Terkejut
13

Sedih
9

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (64 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mrizumi 14-3-2017 07:08 PM
Sedapnya mangga...
Quote 513172 14-3-2017 07:17 PM
Kat mana nak cari pulut mangga sedap area bangi? Kat kuatan kedai thai ape tah kat bandar tu sedap gila
Quote dubuk 14-3-2017 07:32 PM
hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm nak!!
Quote ohnoLia 14-3-2017 08:09 PM
Tak pernah dpt peluang utk try. Kat lembah klang mana yg ada juadah ni ye?
Quote zawara 14-3-2017 08:28 PM
Tak reti makan pulut as manisan..pulut kuning pulut udang sedap laaa..cendol pulut pon tak mkn
Quote mirebus 14-3-2017 08:38 PM
sedapnyahh lama tak makan!!!!!!
Quote WhiskeyScotch 14-3-2017 08:40 PM
Mangga tu nampak sedap tapi bukan pulut.
Quote aleesyasofia 14-3-2017 09:03 PM
pulut mkn dgn rendang la sedap.. mkn nasi sambal ikan bilis pon sedap jugak..

thn lps prnh rasa tp xsedap pon.. dah ler mahei.. menyesal..
Quote RatuDunia94 14-3-2017 09:22 PM
Pulut sbg desert iols susah nk telan.. Kalo main course boleh la..
Quote hanamunir 14-3-2017 09:49 PM
513172 replied at 14-3-2017 07:17 PM
Kat mana nak cari pulut mangga sedap area bangi? Kat kuatan kedai thai ape tah kat bandar tu sedap g ...

u, pulut mangga kedai sara thai kan,
favourite family kitaorg,
lalu kuantan je msti t'singgah situ..
kalu kt kg baru, ada 1 kedai, suraya seafood klu x silap, pulut mangga n mango smoothie 5 stars gitu..
Quote mongoose_kidz 14-3-2017 10:18 PM
pulut mangga kat suraya kg baru sedap..
lagi sedap dr kat klate..hehe
Quote jazaa100 14-3-2017 11:12 PM
ohnoLia replied at 14-3-2017 08:09 PM
Tak pernah dpt peluang utk try. Kat lembah klang mana yg ada juadah ni ye?

Kat kg baru...
Restoran thailand
Quote emelia1509 15-3-2017 12:44 AM
mongoose_kidz replied at 14-3-2017 10:18 PM
pulut mangga kat suraya kg baru sedap..
lagi sedap dr kat klate..hehe

betul sangat tu...melekatsss rasanye okehhh..5* gitu..
Quote 513172 15-3-2017 07:36 AM
hanamunir replied at 14-3-2017 09:49 PM
u, pulut mangga kedai sara thai kan,
favourite family kitaorg,
lalu kuantan je msti t'singgah si ...

Yes btol sara thai.. berlemak.. ok bole try cari kat kg baru lepas ni.. thanks
Quote spankee_fili 15-3-2017 10:28 AM
sedap memang sedap tapi manis...
rasa macam kena potong kaki ja lepas makan..
tapi kalau nampak orang jual, memang singgah jugak..
Quote ohnoLia 16-3-2017 10:13 AM
Ohh kat kg baru ada 2 tempat
1. Suraya seafood
2. Sara thai

Tengs uols.. akan ku try nanti
Quote skankin7en 17-3-2017 12:50 PM
Pulut pelam sedap still dekat hatyai jugak. Sebiji pelam dia bagi uols! Dan pelam dia manis gila!
Quote coqsukun 31-3-2017 05:26 AM
Guna Pelam harum manis wadudududuh.. Skrg dah musim hokkay

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 04:49 AM GMT+8 , Processed in 0.077868 second(s), 48 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top