Wah, bagaikan mendapat durian runtuh pula penyanyi Aiman Tino yang baru-baru ini menerima sebuah kereta mewah iaitu Audi R8 bernilai hampir RM1 juta. Jadi, tak mustahil kalau dia pula akan menghadiahkan rumah kepada ibu bapanya selepas ini.
Dengan rezeki yang semakin melimpah-limpah, Aiman kini mula memasang impian menghadiahkan rumah kepada ibu bapanya kerana banyak membantu sehingga dia mengecapi kejayaan hari ini. Ekoran itu, Aiman sangat berharap impiannya itu dapat dilaksanakan dalam tempoh setahun dua ini kerana ingin memberi keselesaan kepada keluarganya. "Kejayaan saya hari ini tidak akan ada tanpa bantuan, sokongan dan dorongan ibu bapa saya, malah lagu Ku Rela Dibenci itu sendiri hasil ciptaan mereka.
"Menjadi hasrat saya jika ada rezeki lebih nanti, saya ingin beli sebuah rumah yang selesa untuk mereka dan keluarga sebagai membalas jasa ibu bapa. "Menjadi tanggungjawab saya untuk membantu keluarga sekarang kerana banyak yang mereka sudah lakukan untuk saya," katanya kepada mStar Online. Menurut Aiman, dia akan sentiasa ingat akan pesanan kedua orang tuanya iaitu Yusri Ismail dan Hazelina Mat Jali supaya sentiasa merendah diri. "Ibu dan bapa sentiasa menasihati dan mengingatkan agar sentiasa merendah diri, berbuat baik pada orang lain," katanya. Dalam perkembangan karier seninya pula, Aiman selesa perjalanan kariernya diurus orang tuanya terutama ketika membuat sebarang keputusan. Agak-agak, rumah macam mana akan dibeli Aiman ya? Mungkin rumah mewah macam istana milik Datuk Aliff Syukri, siapa tahu kan? - CARI
|
27
Bagus |
19
Marah |
23
Terkejut |
18
Sedih |
12
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
doubleA replied at 15-3-2017 10:31 AM
semoga berjaya dik, jangan la terima konon ada orang nak sponsor rumah pulak, risau terhutang budi t ...
virgo19 replied at 15-3-2017 10:56 AM
Tengah laku ni baik la simpan aset banyak2 untuk diri sendiri dik, kita tak tahu masa depan macamana ...
fynnkakiblock replied at 15-3-2017 10:35 AM
tergadai body? ramai gayah yg dgn aiman ni jaga2
doubleA replied at 15-3-2017 11:13 AM
iye, bab2 muntri nak spedo, golongan kaya, gayah etc memang tangkap cintan dengan penyanyi jambu d ...
fynnkakiblock replied at 15-3-2017 11:17 AM
kancah gayah or kancah dadah lagi bahaya chuols
doubleA replied at 15-3-2017 11:22 AM
dua2 jangan mulakan, benda berkaitan nafsu sendiri ni musuh utama manusia.
baik kancah gayah atau ...
ADVERTISEMENT