Sejak awal bulan lalu, kita digemparkan dengan berita kemalangan membabitkan pemanduan melawan arus trafik. Memetik portal Carlist.my, bulan lalu, seorang pemandu kereta BMW memandu melawan arus trafik di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, merempuh sebuah Perodua Myvi menyebabkan mangsa maut.
Minggu lalu pula, sebuah Nissan Sentra turut melawan arus trafik di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Taiping, Perak. Manakala, hanya selang beberapa hari kemudian di Pulau Pinang, sebuah Proton Gen2 dengan kesalahan sama merempuh sebuah Perodua Kelisa sehingga menyebabkan kematian mangsa. Hari ini, Khamis, China Press Daily memuat naik dua buah video memaparkan sebuah Perodua Myvi menongkah arus trafik di Skudai, Johor. Video berkenaan memaparkan Myvi berwarna hitam terbabit menongkah arus trafik tanpa niat membetulkan kesalahannya untuk kembali ke lorong yang betul dan selamat. Sampai satu ketika, Myvi berkenaan berhenti di lampu isyarat walaupun berada di kedudukan bertentangan dan salah. Meskipun mempunyai masa yang cukup untuk kembali ke jalan yang benar, kereta itu berkeras membelok ke kanan. Motif sebenar pemandu masih belum dikenalpasti. - CARI
|
9
Bagus |
5
Marah |
24
Terkejut |
13
Sedih |
17
Lawak |
4
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
sebu replied at 16-3-2017 10:30 AM
Mane videonye
kaspar0v replied at 16-3-2017 10:38 AM
meh abang payung
sebu replied at 16-3-2017 10:40 AM
Tq. Ni mule aku nk tanye bangse ape ni nanti Aku nampak rasict . Pelik aku ade simpang d ...
kaspar0v replied at 16-3-2017 10:42 AM
tu tandanya dia straight bukan gay tapi yg pasti dia bodoh. jilake
kaspar0v replied at 16-3-2017 02:38 AM
meh abang payung
mongoose_kidz replied at 16-3-2017 10:56 AM
mula2 dgr berita rase nk mrah..tgk video rase lawak lak..hehe
perlu ke lagu video mcm lagu citer ci ...
ADVERTISEMENT