Keputusan SPM sudah diumumkan dan seperti biasa banyaklah 'pahat' yang berbunyi meskipun rumah sudah siap. Namun, kali ini bukanlah perihal tidak berpuas hati dengan keputusan yang didapati sebaliknya netizen nampaknya tanpa henti mengecam seorang pelajar cemerlang ini.
Kecoh di media sosial tentang kejayaan seorang pelajar dari Kolej Tunku Kursiah, Seremban iaitu Natasha Qisty Mohd Ridzuan yang berjaya mendapat keputusan cemerlang 9A. Bukan calang-calang ya. Yang menjadi perhatian adalah kecantikannya yang sangat menyerlah dan juga luar biasa bagi remaja seusianya. Dalam pada ramai yang memuji kejayaan dan juga kecantikan Natasha, tidak kurang juga malah sangat ramai ya netizen seolah tidak boleh menerima seorang pelajar memakai mekap dan bercantik-cantik ketika mengambil keputusan SPM itu. Alahai! Lantas berduyun-duyun dan mungkin juga berbakul-bakul tohmahan dan kritikan pedas yang diberikan. Tak terkecuali sindiran dan juga kata-kata sinis ditujukan buat pelajar ini. Tidak tahan dengan situasi yang negatif itu, seorang wanita tampil menerusi Facebook dengan beberapa keping 'screenshot' kecaman daripada netizen lain yang ditujukan buat Natasha. "Sepatutnya diraikan, tapi sadly Malaysian ruined her historic day. I have no words for this. "Tulis panjang-panjang pun yang bodoh tetap bodoh." Katanya, seharusnya kejayaan ini diraikan dan bukannya ditaburkan dengan sindiran, kecaman dan juga kritikan. Ternyata, bukan semua netizen bersikap busuk hati dan berasa dengki dengan kejayaan Natasha. Melalui ruangan komen, ramai yang turut bersetuju dengan wanita yang meluahkan rasa tidak puas hati ini. Mereka mengutuk perbuatan masyarakat yang secara terang mengamalkan sikap negatif dan suka menjatuhkan orang lain. Kesimpulannya, buat apa nak sakit hati dengan kelebihan orang lain. Ingat, semua orang sudah ditentukan rezeki dan kelebihan masing-masing. Tak perlu tunjukkan kelemahan dan kebodohan diri dengan ungkapan kata yang tidak sepatutnya. Sebaliknya, buka minda dan juga hati terhadap perkara yang positif. Jom audit diri, bak kata Prof Dr Muhaya! - CARI |
13
Bagus |
17
Marah |
20
Terkejut |
11
Sedih |
9
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Cyempaka replied at 21-3-2017 01:34 PM
Ya Allahh..bodonya kau Afiq Iqmal. macam tak percaya ada org rendah akal gini. mat rempit ke dik
ADVERTISEMENT