Shell Malaysia mengumumkan kerjasama dengan Doodle Malaysia melalui kempen yang diberi nama 'Doodle Your Moment'.
Ketika tersekat dalam kesesakan jalan raya, apa kata ambil masa sebentar untuk menyegarkan diri anda di Shell Select yang terdapat di mana-mana stesen minyak Shell. Di sini, perjalanan anda akan lebih bermakna sambil melupakan keletihan kerana semuanya ada di sini. Basahkan tekak dengan kopi panas atau minuman sejuk, makanan dan pelbagai lagi servis 5 bintang, ternyata Shell Select bukan perhentian biasa-biasa sahaja. Dengan format 'quick & easy store' anda berasa lebih teruja ketika menjejakkan kaki ke Shell Select selepas ini. Sudah siap bertenaga dan juga segar semula, bolehlah meneruskan perjalanan pulang ke rumah tanpa rasa stress lagi.
Menariknya lagi, kini Shell Select berkolaborasi dengan Doodle Malaysia, dan juga kerjasama bersama artis tempatan melalui kempen 'Doodle Your Moment'. Melalui kempen ini, kita boleh melihat bagaimana rakyat Malaysia meraikan momen indah ketika berada di Shell Select. Oleh itu, bermula 22 Mac ini sehingga 26 April, Shell Select mengajak anda untuk berkongsi saat yang menyegarkan itu di mana-mana cawangan Shell Select dan muatnaik di laman Instagram dan Facebook, melalui hashtag #Shellkita. 100 gambar penyertaan terbaik akan berpeluang mendapat sentuhan semula dengan lukisan tangan daripada Doodle Malaysia! Wow! Jom apa tunggu lagi! - CARI |
21
Bagus |
16
Marah |
11
Terkejut |
10
Sedih |
12
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT