Sekali pandang, malah mungkin dua tiga kali pun sukar nak percaya rumah yang satu ini berbentuk pelik serta nampak tak seimbang, kan?
Malah, mungkin ada yang berkata ia adalah hasil suntingan Photoshop agar nampak rumah tersebut bagai nak runtuh rupanya. Namun, sebaliknya bangunan yang dikenali sebagai Crooked House ini benar-benar terjadi dan sengaja dibina sedemikian. Terletak di Sopot, Poland, bangunan ini direka untuk memberi penghargaan kepada seorang ilustrator buku kanak-kanak, Jan Marcin Szancer untuk hasil kerjanya yang sangat memberi kesan. Memang menjadi tarikan pelancong dari seluruh dunia kerana keanehan yang terdapat pada rekaan bangunan ini. Memetik laman Huffingtonpost, ia dibina oleh arkiter Szotynscy & Zaleski pada tahun 2004.
Berkeluasa 43,000 kaki persegi, tahukah anda rumah atau bangunan ini sebenarnya merupakan pusat beli-belah yang terkenal di sini dan juga termasuk dalam senarai bangunan pelik sedunia. Dan meskipun ia mempunyai luaran yang aneh dan kelihatan seperti tidak stabil, bahagian interior atau dalamannya pula dibina normal dan juga sangat cantik ya. Jadi sekiranya ada rezeki dan berpeluang melawat Poland, anda bolehlah menjejakkan kaki ke Crooked House ini ya! - CARI |
11
Bagus |
23
Marah |
13
Terkejut |
25
Sedih |
10
Lawak |
20
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
kuzaime replied at 23-3-2017 01:12 PM
Pening pulak bila belek lelama..terliang liuk ajer rupa dia..
ADVERTISEMENT