Remaja lelaki berusia 16 tahun ditahan bersama 35 penyedut minuman berisi syabu di sebuah kediaman di Jalan Astana, Petra Jaya, Kuching, semalam.
Memetik Harian Metro, selepas menerima hasil risikan dan maklumat awam, sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kuching menyerbu rumah itu pada jam 3 petang. Menurut Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Abang Ahmad Abang Julai, anggaran nilai dadah seberat 6.4 gram itu mengikut harga pasaran ialah RM1,152. Dalam masa sama, polis berjaya merampas sejumlah wang bernilai RM445 dipercayai hasil jualan dadah kepada penagih di sekitar kawasan berkenaan.
"Hasil saringan daripada kencing yang dijalankan, suspek berusia 16 tahun yang masih bersekolah itu juga positif dadah amphetamine. "Suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta sama," katanya. - CARI
|
13
Bagus |
7
Marah |
5
Terkejut |
18
Sedih |
10
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
chinta89 replied at 26-3-2017 02:11 PM
dh kau knpe dik..
thread sana kat IPT awam..
ronapink replied at 26-3-2017 02:14 PM
masalah kewangan rakyat makin meruncing sekarang ni
MacamMacamLa replied at 26-3-2017 02:17 PM
Rajin kerja sikit lah, bangla indon nepal boleh hidup , orang malaysia tak boleh hidup ? kerja nak ...
Skuau replied at 27-3-2017 01:06 AM
Bangla,nepal pon malas kt negara sendiri....malaysian pon rajin kt negara orng....
CiliPadiSedap replied at 26-3-2017 01:58 PM
kenapa dadah jadi pilihan bisnes? sebab sendiri menagih, sebab dah ada regular buyer..
cuba adk n ...
ms_furby replied at 27-3-2017 02:59 PM
kenapa dadah jadi pilihan bisnes?sebab dia tau dia x kan kena hukuman org dewasa. dia tertakluk pa ...
CiliPadiSedap replied at 27-3-2017 03:51 PM
oh... hurm..kena gubal undang2 balik ni..
ADVERTISEMENT