Kalau orang lain pun kena kritik jika kerap memuat naik gambar bahagia bersama pasangan, apatah lagi mereka yang bergelar artis, bukan? Begitu juga dengan pelakon Anzalna yang akui gemar berkongsi gambar romantik bersama Encik Suami, Mohamad Hanif Mohamad Zaki di laman sosial Instagram.
Nur Anzalna Md Nasir, 29, yang lebih mesra dengan panggilan Anzalna bagaimanapun menafikan dakwaan sesetengah pihak berhubung tindakannya memuat naik gambar berkenaan bertujuan menunjuk-nunjuk. "Saya muat naik foto bersama suami bukan kerana mahu membuatkan orang cemburu, jauh sekali ingin menunjuk-nunjuk, malah saya melihat ia sesuatu yang positif kerana foto itu menjadi inspirasi pengikut.
"Sebagai contoh, apabila saya berkongsi gambar bunga yang dihadiahkan suami, peminat akan beritahu mereka juga mendapat bunga pada keesokan hari. Saya pula yang gembira dengan komen seperti itu," katanya kepada BH Online. Tak salah pun jika mahu berkongsi kegembiraan dan momen bahagia bersama yang tercinta di laman sosial, namun berhati-hati supaya ianya tidak keterlaluan sehingga membuat segelintir pihak berasa muak dan tidak selesa. - CARI
|
10
Bagus |
6
Marah |
5
Terkejut |
10
Sedih |
4
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
harkktuih replied at 26-3-2017 04:02 PM
Nnt dia x up gamba ngn laki korg speku ada masalah plak..apa lg ummah mau
harkktuih replied at 26-3-2017 08:02 AM
Nnt dia x up gamba ngn laki korg speku ada masalah plak..apa lg ummah mau
ADVERTISEMENT