Ada cerita tidak enak didengari tentang pelakon Johan As'ari yang didakwa berkelakuan sumbang dengan penyanyi Aishah Bujang. Sebelum ini kecoh bahawa aktor lelaki itu mengetuk pintu bilik hotel Aishah pada pukul tiga pagi ketika mereka sama-sama menjayakan sebuah acara hiburan di Singapura Februari lepas.
Tidak mahu peminat terus membuat spekulasi bukan-bukan, Aishah tampil memberikan penjelasan. "Ya memang betul Johan datang bilik saya selepas acara itu habis pukul 12 malam dan kemudian dia datang bilik saya untuk berborak-borak," katanya pada mStar Online. Malah menurutnya, pelakon Juvana itu cuma datang ke bilik untuk berkenalan dengan lebih rapat dan ditemani rakan-rakan lain.
"Bukanlah saya dan dia sahaja dalam bilik itu, ada rakan lain juga. Lagi pula saya pastikan pintu bilik terbuka semasa dia ada." Walaupun ada bertukar-tukar nombor telefon, pelantun lagu Cinta dan Luka ini menegaskan yang dia tiada sebarang hubungan istimewa dengan Johan. Begitu rupanya cerita sebenar, empunya badan sudah memberi penjelasan, jangan salah faham lagi ya. -CARI |
5
Bagus |
12
Marah |
11
Terkejut |
2
Sedih |
4
Lawak |
5
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
catalina replied at 27-3-2017 02:38 PM
dah tak boleh nak tunggu siang ker dek nak menyembangnya?
Themilo replied at 27-3-2017 02:48 PM
dah dua kali iols tertipu.. tadi dengan tokpitput, nih dengan chuosl pulak TT..
IxoraP replied at 27-3-2017 02:58 PM
tlg tepek gmbr aisyah ni jap.. nk kenal mana 1 org nya
ADVERTISEMENT