Pelbagai cara untuk meredakan tekanan dan kalau sebelum ini ada kaedah Otona Maki iaitu membungkus tubuh yang popular di Jepun, sekarang apa kata cuba cara yang lebih semula jadi.
Trend yang baru muncul di Belanda ini sedang hangat diperkatakan kerana orang di sana sedang menggilai lembu. Ya, dengan memeluk lembu sahaja anda dapat meredakan segala tekanan yang membelenggu jiwa. Sama seperti bermain dengan anjing atau kucing peliharaan, lembu juga membantu membuatkan anda berasa lebih baik dan nyaman. Menurut laporan Metro UK, seorang mahasiswa veterinar yang bernama Sybille Zwygert telah menyelamatkan tiga ekor lembu dari disembelih. Dari situlah, muncul idea luar biasa untuk memeluk dan membelai lembu dengan tujuan untuk melegakan tekanan.
Lembu-lembu ini dinamakan sebagai Svea, Sven dan Svenja dan dibela khusus untuk menerima pelukan dari orang yang memerlukan ketenangan. Zwygert membuka peluang untuk orang ramai untuk datang ke ladang lembu tersebut dengan kadar RM220 bagi tempoh dua jam. Di situ pelbagai maklumat tentang lembu boleh diperolehi selain dapat bermesra dengan haiwan ini. Dijamin selepas keluar dari sini, muka yang masam akan kembali ceria dan ini maknanya ia baik untuk kesihatan anda. Walaupun belum dibuktikan secara saintifik, namun ramai sudah mencuba dan menggemarinya. Bagaimana, ada sesiapa yang teringin untuk mencuba kaedah ini?-CARI
|
9
Bagus |
12
Marah |
13
Terkejut |
12
Sedih |
15
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
miznora replied at 30-3-2017 06:55 PM
pelok laki aku lg baguss.. untung2 dpt reward extra dr laki aku. mmg hilang stress
ADVERTISEMENT