Sejak 22 tahun tidak dibenarkan beroperasi, namun baru-baru ini pawagam di Terengganu telah dibuka semula, bagaimanapun ianya telah menimbulkan pelbagai pertikaian sejak pembukaannya.
Ini kerana kelmarin terdapat seorang Ahli Undangan Negeri (Adun) mencadangkan semua pawagam di Terengganu wajar ditutup semua. Memetik laporan FMT, ketika persidangan Dewan Undangan Negeri yang berlangsung semalam, Adun Alor Limbat Ariffin Deraman daripada PAS kelmarin mempersoalkan pawagam di PB Sentral yang terletak di Kuala Terengganu, antaranya waktu operasinya sehingga satu pagi, penonton lelaki dan perempuan tidak mengasingkan tempat duduk serta filem tidak ditayangkan dalam keadaan cerah. "Penonton lelaki dan perempuan tidak duduk berasingan, tayangan filem tetap dalam keadaan gelap, biarpun ada memasang kamera litar tertutup, CCTV, ianya tidak membawa apa-apa kesan pun." "Operasi pawagam diadakan sehingga pukul satu pagi, ada sebahagian orang muda yang menonton filem bersendirian, mungkin berdepan risiko bahaya kerana balik lewat malam, itu yang membimbangkan saya."
Ariffin Deraman turut berkata, walaupun ketika bulan puasa, majlis perbandaran negeri Terengganu ada mensyaratkan pihak pengurusan pawagam harus menghentikan operasi dari pukul 6 petang hingga 9 malam agar membolehkan muslim membuka puasa mereka. Namun demikian, pada masa yang sama, ianya pula mengganggu waktu terawih, kerana ini akan menyebabkan sebahagian muslim khususnya golongan muda tidak hadir ke waktu terawih kerana menonton wayang pada ketika itu. Oleh sebab itu, beliau meminta kerajaan negeri mengkaji semula operasi panggung wayang yang dikhuatiri mungkin akan memburukkan lagi masalah sosial di negeri berkenaan.- CARI |
18
Bagus |
17
Marah |
16
Terkejut |
19
Sedih |
23
Lawak |
36
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ultra78 replied at 30-3-2017 12:08 PM
Jangan la tutup TGV Mesra Mall
hzln replied at 30-3-2017 12:12 PM
asal wayang jah moksiat
asal duk lam gelap jah moksiat
asal campur laki pompuan jah moksiat
kentel replied at 30-3-2017 04:20 AM
ape bnda la....smua pun nak fikir mudharat je.... ummah ganu tetap johan ngesek dgn dera jua ...
ADVERTISEMENT