Bagi memastikan badan induk bola sepak negara itu menjaga dan mengawal kewangan serta membolehkan perjalanan organisasi berkenaan mencapai sasaran yang dituju, seramai 20 kakitangan pentadbiran dan teknikalnya telah ditamatkan perkhidmatan.
Memetik laporan Bernama, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berkata demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kelmarin. “Presiden FAM Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan barisan Exco telah bersetuju untuk menyusun semula struktur organisasi FAM." “Mereka (kakitangan yang ditamatkan perkhidmatan) telah dimaklumkan pada hari ini beserta notis dan tiga bulan gaji akan dibayar sepenuhnya sebelum 15 April ini.” Sementara itu, semua unit dan jabatan di FAM akan diseragamkan serta digabungkan mengikut organisasi yang telah ditetapkan, tambah Datuk Hamidin Mohd Amin.- CARI
|
2
Bagus |
19
Marah |
7
Terkejut |
8
Sedih |
3
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT