Tanya sahaja wanita di luar sana, cara paling senang untuk kelihatan menarik adalah dengan mengoleskan sahaja gincu di bibir.
Biasanya wanita cenderung untuk memilih gincu yang mempunyai warna menarik dan bau yang wangi untuk keselesaan serta tampil yakin di depan orang ramai. Namun cuba bayangkan ada gincu yang berperisa kari? Kenapa tidak bukan? Ya, memang wujud gincu berperisa kari dan produk ini tentulah berbeza dengan apa yang sudah ada di pasaran. Sebuah syarikat katering di Singapura, Neo Garden mengeluarkan gincu beraroma eksklusif ini bagi memenuhi kehendak wanita moden masa kini.
Dipanggil sebagai Curry Bombshell, ianya berwarna oren dan berbau seperti kari ayam yang sangat menyelerakan. Lagi menarik, gincu ini mengandungi bahan seperti kelapa, cili, serai serta 100 peratus bahan semula jadi, untuk memastikan bau gincu dan rasa ‘pedas’ adalah sama dengan kari ayam sebenar. Bagaimana, ada tak wanita di luar sana yang teringin untuk mencubanya? -CARI |
12
Bagus |
14
Marah |
8
Terkejut |
9
Sedih |
27
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT