CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Tak Sangka, Rupanya Menyanyi Dalam Bilik Air Bagus Untuk Tubuh Anda

4-4-2017 03:05 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3496| Komen: 17|Original author: Oleh: Myra Rozi

Mengaku sahajalah yang anda memang suka menyanyi sewaktu berada dalam bilik air. Perasan tak suara kita akan kedengaran jauh lebih sedap semasa sedang mandi?


Rasa bebas dari segala tekanan dan perasaan menjadi tenang membuatkan tubuh badan mula mengeluarkan hormon Dopamine.

Disebabkan inilah peredaran darah menjadi lebih lancar dan muncul dorongan dan semangat untuk menyanyikan lagu-lagu kegemaran anda di dalam bilik air.

Bukan hanya sebagai hiburan, sebenarnya menyanyi dalam bilik air mempunyai banyak kelebihan dari segi kesihatan ya.

Foto:Shutterstock

Antara manfaatnya:

Meningkatkan daya ketahanan tubuh
Berdasarkan kajian dalam Journal of Behavioral Medicine, menyanyi boleh menurunkan hormon Cortisol dalam tubuh. Semakin sedikit Cortisol, maka semakin kuatlah daya ketahanan badan anda untuk menghalau penyakit.

Menghilangkan tekanan
Menurut pakar kesihatan, semasa menyanyi kita akan secara automatik belajar untuk mengawal pernafasan. Mirip seperti latihan dalam yoga, aliran oksigen dalam tubuh ketika ini adalah baik dan mampu menjadikan anda lebih tenang dan berasa nyaman.

Meningkatkan daya ingatan
Penelitian dalam Journal of Alzheimer’s Disease mendapati rutin menyanyi dalam bilik air setiap pagi mampu meningkatkan daya ingatan seseorang. Ini kerana seni muzik mampu merangsang aktiviti otak anda.

Foto: Burnsbath.ca
Wah, tak sangka perkara yang sangat menghiburkan ini sebenarnya memang baik untuk kesihatan tubuh badan.

Apa lagi, marilah beramai-ramai menyanyi dalam bilik air selepas ini. -CARI
15

Bagus
15

Marah
10

Terkejut
25

Sedih
26

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (104 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kak-Leen 4-4-2017 03:44 PM
Akak nak cuba menyanyi dlm bilik air la
Quote Rainrein 4-4-2017 03:52 PM
Ai nak mandi lelama pun x sempat, inikan pulak nak nyanyi. Anak anak dok mengetuk pintu bilik air jerit mami mami.
Quote WhiskeyScotch 4-4-2017 04:14 PM
Patutlah ingatan I bagus!!!
Quote Artemesiaa 4-4-2017 05:44 PM
Mesti memasing fefeeling penyanyi terkenal seantero dunia masa nyanyi dalam bilik air ni
Quote cik-jaja 4-4-2017 05:44 PM
ni rutin bebudak hostel ni..asal nak mandi je, mula la melalak..haha
Quote fox. 4-4-2017 07:09 PM
Akak suka menyanyi dalam office.rasa macam dalam studio pula
Quote dubuk 4-4-2017 07:38 PM
kalau dubuk nyanyi mesti cacing keluar dari celah jubin
Quote nurbaya 4-4-2017 08:28 PM
Ok pasni boleh siap2 tampal lirik lagu kat bilik air..artis2 pilihannya ialah....(drum roll)
Ziana Zain
Dayang Nurfaizah
Siti Nurhaliza

Amboi tersiksalah gegendang telinga jiran2 aku pasnieh
Quote Sayaaa 4-4-2017 10:33 PM
hehehe best apa
Quote mirandanicky1 7-4-2017 12:22 AM
Memang dlm bilik air suara tk best jadi best la sikit didengar hahaha
Quote supernaturalee 22-4-2017 01:36 PM
mirandanicky1 replied at 7-4-2017 12:22 AM
Memang dlm bilik air suara tk best jadi best la sikit didengar hahaha

Bilik air kn ada echo
tu yg bajet ala2 pro singer

Quote supernaturalee 22-4-2017 01:39 PM
cik-jaja replied at 4-4-2017 05:44 PM
ni rutin bebudak hostel ni..asal nak mandi je, mula la melalak..haha

Me one of them

Klu wiken tu
mmg dh ala2 konsert
sbb sambil2 basuh baju

Oh those memories back in hostel

Miss my friend
Quote Esmiria 22-4-2017 05:42 PM
MLs aku.x cya kajian gini
Quote ffbeauties 22-4-2017 09:38 PM
nightmare nye
Quote sukanaktahu 24-4-2017 03:11 PM
kecik2 dulu, mak slalu pesan jgn nyanyi dlm bilik air. nanti setan join skali.
hahahha
Quote bellxx 24-4-2017 03:51 PM
fuyoo seriouslaaa aku paling suka nyanyi dlm bilik air !! makin confident gitu!! hahahha
Quote AppleJack 4-5-2017 05:10 PM
memang best nyanyi dalam bilik air

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:02 AM GMT+8 , Processed in 0.097623 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top