Selain dari melawat ke tempat-tempat menarik, perkara yang paling menyeronokkan semasa mengembara adalah dengan mengunjungi pasar tradisionalnya.
Lebih-lebih lagi pasar rempah, syurga dunia bagi wanita dan para ibu yang sememangnya sinonim dalam penggunaan bahan ini di dapur. Pelbagai rempah masakan yang terkenal dengan bau dan rasa yang unik boleh didapati di pasar ini. Berikut adalah 5 pasar rempah yang terbaik di dunia. Rahba Kedima, Maghribi Dikenali dengan nama Spice Square, ini adalah syurga rempah ratus kerana sebut sahaja apa yang dicari, pasti ada di sini. Dari kayu manis, kunyit, pala, adas dan sebagainya.
Pasar Long Bien, Vietnam Deretan kedai yang menjual rempah menjadikan suasana di sini antik sekali. Lagi menarik jika berkunjung ke sini awal subuh, sekitar pukul 4 pagi. Waktu begini kebanyakan yang datang adalah penduduk setempatnya. Namun hati-hati, jika mahu mengambil gambar rempah ratus yang dijual, minta izin dahulu daripada penjualnya. Grand Bazaar, Iran Di sini selain rempah ratus, ia dikenali juga sebagai pusat penjualan karpet, kekacang dan buah-buahan kering. Semuanya dijual mengikut kilo dan di sini harga kunyitnya dikatakan antara yang termurah jika dibandingkan di tempat lain. Cuba juga makanan istimewa di sini iaitu nasi kunyit yang disajikan bersama ayam. Khari Baoli, India Khari Baoli merupakan pasar rempah terbesar di Asia. Wujud sejak abad ke-16, pasar ini menjual pelbagai rempah, kekacang serta buah-buahan kering dari India Utara dan Afganistan. Kawasannya agak sedikit sempit dan ramai orang, jadi manfaatkan waktu yang ada sebaiknya untuk membeli dan mengambil foto kenag-kenangan. Jangan cuba untuk mencuba Kuih Gula India yang terkenal di sini. Dubai Spice Souk, Dubai Rempah-rempah yang dijual diletakkan dalam bekas-bekas plastik. Masuk sahaja ke kawasan Dubai Spice Souk ini, aroma rempahnya sudah mula menusuk hidung anda. Pastikan anda tawar menawar semasa membeli untuk mendapatkan harga yang terbaik dan berbaloi. Agak-agak mana satu agaknya pasar rempah yang menjadi idaman kalbu untuk dikunjungi ya? -CARI
|
20
Bagus |
10
Marah |
13
Terkejut |
9
Sedih |
11
Lawak |
18
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
WhiskeyScotch replied at 4-4-2017 04:29 PM
I memang gemar pergi pasar pun. Sukalah. Salah satu terapi yang baik untuk kurangkan stress bila jal ...
fiemie replied at 25-4-2017 02:50 PM
Dulu saya pun suka sgt pegi pasar..jalan2 window shopping je pun selalunya..tp tanggapan itu berubah ...
ADVERTISEMENT