CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bina Surau Di Sebelah Jamban, Bukan Satu Penghinaan?

16-8-2013 10:05 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12381| Komen: 29

Bina surau di sebelah tandas, bukan satu penghinaan?

Sekadar hiasan


JIKA ditanya kepada semua umat Islam, sudah pastilah mereka akan merasa marah dengan kejadian sebuah surau di pusat peranginan di Sedili Besar, Kota Tinggi, Johor dijadikan tempat meditasi dan upacara sembahyang penganut Buddha dari Singapura.


Hati kita terasa cukup pedih kerana kejadian itu berlaku beberapa hari selepas umat Islam merayakan Hari Raya Aidilfitri.


Setakat ini, Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) dan pihak polis masih menyiasat punca kejadian itu bagi memastikan sama ada ia disengajakan bagi menghina agama Islam atau disebabkan kejahilan pengusaha pusat peranginan yang berasal dari republik itu terhadap sensitiviti umat Islam di negara ini.


Siasatan awal yang dilakukan pihak berkuasa mendapati surau yang digunakan tidak menepati piawaian sebuah surau sebagaimana yang telah ditetapkan oleh jabatan agama Islam negeri.


Antara kelemahan yang dikenal pasti adalah arah kiblat yang terpesong, kalimah Syahadah yang tidak mengikut tajwid yang betul dan nama Nabi Muhammad SAW dilingkari dengan nama keluarga pemilik pusat peranginan itu.


Bagi Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Maamor Osman, apa yang berlaku itu seharusnya dapat mengejutkan umat Islam untuk bangun daripada tidur masing-masing berhubung isu pengurusan surau yang dilihatnya berada pada tahap menyedihkan.


"Kejadian yang berlaku di Sedili Besar adalah penghinaan dalam bentuk yang jelas, tetapi tidakkah kita sedar bahawa sejak sekian lama berlaku penghinaan secara halus terhadap tempat ibadat kita terutama di pusat beli-belah.


"Rata-rata surau ini diletakkan di sebelah tandas dan bagi saya ini adalah satu penghinaan secara halus yang tidak sepatutnya berlaku.


"Ini tidak selaras dengan kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi negara ini seperti yang jelas termaktub dalam Perlembagaan," ujarnya.


Beliau berkata, surau berkenaan juga tidak dijaga dengan baik dari segi kebersihan dengan permaidani dan sejadah yang berbau hapak serta ada telekung yang disediakan sudah empat tahun tidak dibasuh.


"Surau-surau ini juga ditempatkan di kawasan yang tersorok dan ada sesetengahnya terlalu sempit dan tidak setaraf dengan kedudukan agama Islam yang mulia," katanya.


Menurut Maamor, keadaan surau yang berbeza dari segi saiz dan kemudahan berpunca kerana tiada garis panduan seragam berhubung pembinaan surau terbabit yang disediakan pihak berkuasa tempatan dan jabatan agama Islam negeri.


"Saya difahamkan di setiap negeri, garis panduan adalah berbeza dan saya harap pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dapat mengambil inisiatif untuk menyeragamkannya.


"Kerajaan sama ada di peringkat Pusat atau negeri juga harus menwujudkan skuad khas yang akan memantau surau-surau ini dari semasa ke semasa.


"Dana daripada baitulmal juga harus disalurkan kepada skuad ini bagi membolehkan ia bertindak membersihkan surau yang kotor dan menyediakan kemudahan lain untuk memudahkan umat Islam beribadat," katanya.


Menurut beliau, PPIM sendiri sudah menubuhkan skuad seumpama itu tetapi setakat ini ia hanya memantau kebersihan di masjid sahaja kerana ia tidak mampu untuk meninjau surau yang bilangannya terlalu banyak.


Dalam pada itu, katanya, pengusaha pusat beli-belah dan pusat peranginan tidak harus dipersalahkan 100 peratus berhubung isu penghinaan terhadap surau kerana ia juga berpunca daripada sikap umat Islam sendiri yang tidak menghormati rumah ibadat mereka.


"Apa salahnya umat Islam yang melihat surau kotor mengambil inisiatif untuk membersihkannya. Jika lihat telekung tidak dibasuh, bawalah balik ke rumah untuk dibersihkan sebelum dipulangkan semula," katanya.


Beliau berkata, isu surau yang kotor juga tidak akan berlaku jika pihak berkuasa mewajibkan pengusaha pusat beli-belah dan pusat peranginan mendaftar tempat ibadat berkenaan dan mensyaratkan mereka mewujudkan satu jawatankuasa khas untuk memantau dan mengurusnya.

"Jawatankuasa ini juga bertanggungjawab untuk memastikan surau ini digunakan sepanjang masa oleh umat Islam.


"Dalam kes surau di pusat peranginan di Kampung Sedili Besar, mungkin salah kita sendiri yang sudah lama tidak menggunakan tempat ibadat itu sehingga menyebabkan pihak lain mengambil kesempatan untuk menggunakannya," kata beliau.


Menurut beliau, isu surau kotor, terletak bersebelahan tandas dan terlalu sempit juga boleh diatasi sekiranya pihak baitulmal atau orang perseorangan menyalurkan duit bagi membolehkan ia dipindahkan ke tempat lebih sesuai.


"Kita harus sedar bahawa pengusaha pusat beli-belah mementingkan keuntungan dan setiap ruang di premis mereka cukup bernilai, jadi umat Islam sendiri harus mengambil inisiatif untuk menyewa tempat lain yang lebih selesa di situ untuk kita beribadat," katanya.


Tambah beliau, isu surau daif dan terletak di tempat tidak strategik bukan sahaja terjadi di pusat beli-belah dan pusat peranginan, malah pemantauan pihaknya mendapati ia juga berlaku di hotel dan cukup malang sekali ada hotel yang masih tidak menyediakan tempat ibadat itu.


Sehubungan itu, nasihat kita kepada pihak yang terlibat dengan pentadbiran agama Islam di negara ini, tinggalkan sementara kerusi empuk anda di pejabat untuk membuat tinjauan di pusat beli-belah, hotel dan pusat peranginan bagi memastikan surau kita tidak terus dihina sama ada secara halus atau terang-terangan.




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 16-8-2013 07:40 AM
hina lagi kalau jemur pisang salai tepi jamban
Quote miairdina 16-8-2013 07:46 AM
Di ksl...surau sblah parking...tmpt wuduk open..tnya ngn staff tesco yg mlayu boleh plak ckp xtau..
Quote DeMax 16-8-2013 08:18 AM
kakikuDibibirmu posted on 16-8-2013 07:40 AM
hina lagi kalau jemur pisang salai tepi jamban

Jadi taukeh arak tak salah sb kat syurga nanti ada sungai arak
Quote namirulmukminin 16-8-2013 08:28 AM
Selama ni aku rasa tiap2 surau atau Masjid yg dibina mesti ada tandas skali sebelah dia... Ini kira surau buat sebelah tandas ke atau tandas buat sebelah surau? Lepas ni elok buat surau jgn ada tandas... takde lah orang singgah surau tepi jalan semata2 nak tumpang tandas je...
Quote artcrime 16-8-2013 08:40 AM
no wonder la surau tu kena roboh.. tetapi ade gak yg meroyan eh?
Quote gogo2 16-8-2013 08:45 AM
artcrime posted on 16-8-2013 08:40 AM
no wonder la surau tu kena roboh.. tetapi ade gak yg meroyan eh?

takde yg meroyan... tapi ramai yg tergelak mcm ko...
Quote redz85 16-8-2013 08:51 AM
miairdina posted on 16-8-2013 07:46 AM
Di ksl...surau sblah parking...tmpt wuduk open..tnya ngn staff tesco yg mlayu boleh plak ckp xtau..: ...

nak wuduk pun takut, silap kena ragut.. tempat wuduk betul betul kat parking motor
Quote miairdina 16-8-2013 08:59 AM
redz85 posted on 16-8-2013 08:51 AM
nak wuduk pun takut, silap kena ragut.. tempat wuduk betul betul kat parking motor

Betul...dah la xtutup area tmpt wudhu tuh...
Quote kazaraf 16-8-2013 09:04 AM
untuk orang yg mentaliti mudah rs terhina sbb melayu pgang anjing. surau ada agama lain guna.. mmg sgt ssuai utk terhina bila ada surau sblh tandas
Quote Simunggu 16-8-2013 09:04 AM
selama ini pun setiap surau ada tandas disebelah..tapi tandas untuk pengguna surau lah...bukan tandas awam pula...
Quote leylapple 16-8-2013 09:08 AM
Menurut beliau, isu surau kotor, terletak bersebelahan tandas dan terlalu sempit juga boleh diatasi sekiranya pihak baitulmal atau orang perseorangan menyalurkan duit bagi membolehkan ia dipindahkan ke tempat lebih sesuai.


baitumal di tempat aku nie sibuk nak bina shopping complex bertingkat2!

sedangkan shopping mall yang sedia ada pun takder tempat sholat...

maybe sebab org kat tempat aku nie majority kristian kut????ataupun org islam nya tak sholat???
Quote dino 16-8-2013 09:10 AM
kakikuDibibirmu posted on 16-8-2013 07:40 AM
hina lagi kalau jemur pisang salai tepi jamban

lg hina yg beromen dlm jamban
Quote cmf_rambutan 16-8-2013 09:10 AM
namirulmukminin posted on 16-8-2013 08:28 AM
Selama ni aku rasa tiap2 surau atau Masjid yg dibina mesti ada tandas skali sebelah dia... Ini kira  ...

teringat aku kisah indon nih.... sorang kaki judi gi tumpang berak kat satu surau... tergelincir pastu mati... maka ramailah orang kampung anggap dia tu sebenarnya mulia... punya ramai orang gi majlis pengkebumian dia... lain pula pula ada sorang yg slalu gi surau nih... di lalu kat orang main judi pastu dia singgah jap pastu tiba2 sakit jantung  mati kat situ... 2-3 orang jah gi tengok pengkebumian dia...
Quote kakikuDibibirmu 16-8-2013 09:14 AM
cmf_rambutan posted on 16-8-2013 09:10 AM
teringat aku kisah indon nih.... sorang kaki judi gi tumpang berak kat satu surau... tergelincir p ...

nak mati dalam jamban lah kalau camni
Quote dasatgiler 16-8-2013 10:09 AM
dino posted on 16-8-2013 09:10 AM
lg hina yg beromen dlm jamban

Nih ada kena mengena ngan "makan aiskrim" dlm jamban ke dino?
Quote dino 16-8-2013 10:11 AM
dasatgiler posted on 16-8-2013 10:09 AM
Nih ada kena mengena ngan "makan aiskrim" dlm jamban ke dino?

lebih kurang la
Quote kakikuDibibirmu 16-8-2013 10:17 AM
aiskrim, aiskrim, aiskrim, kling, kling, kling, jizz, klong, klong, klong


Quote NURMIMIE 16-8-2013 10:18 AM
sket2 hina.. sket2 hina..

orang hina jah yang cepat sentap dan rasa terhina neh..

Islam tuh ALLAH dah jamin suci.. dah jamin mulia.. dah jamin paling manang!!

hina lah mcm mana pun, cerca lah mcm mana pun, Islam tetap suci dan mulia!!

terlebih sentap neh apa jadah tatau!!.. lepas tuh melalak suruh polis siasat itu ini..

polis tak layan katanya polis tak buat kerja.. polis layan yang lain pula melalak kata polis sibuk buat kerja2 bodo cengini..

apa pun tak boleh.. yang sikit2 terhina neh kecik2 tak mau mampus.. dah besar asyik lahhhh terhina ke hulu ke hilir..
Quote freebird 16-8-2013 10:46 AM
Sembahyang atas padang, dekat situ ada jamban burung berak, tak terhina ke....

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 04:51 AM GMT+8 , Processed in 0.268253 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top