Rambut kusam tak bermaya? Segan berjanji temu kerana bimbang kelemumur menjadi perhatian? Apa kata cuba tiga tip mudah, tapi hebat ini!
1. Masker Aloe Vera Untuk Rambut Lembut Dan Sihat Aloe vera terkenal dengan khasiatnya yang mampu melawan dan mencegah beberapa penyakit. Bukan itu sahaja, tumbuhan ini juga mampu membuat rambut anda cantik bersinar.
Bahan: 1 helai daun aloe vera 1 camca teh minyak badam Cara: 1. Belah dua daun aloe vera dan cincang halus. 2. Campurkan dengan minyak badam. 3. Sapukan campuran pada rambut dan lindungi dengan 'shower hat'. 4. Biarkan selama 20 minit sebelum dibilas dengan air suam. 2. Masker Pisang Untuk Hapuskan Kelemumur Pisang kaya dengan pelbagai khasiat, malah mampu menghapuskan kelemumur! Bahan: 1 biji pisang segar 1 camca teh madu Cara: 1. Campurkan kedua-dua bahan sehingga menyerupai kentang lecek. 2. Sapukan pada rambut dan biarkan selama 20 minit supaya ramuan diserap rambut. 3. Bilas masker dengan air suam sehingga bersih. 3. Makser Aspirin Untuk Rambut Kuat Dan Bersinar Mungkin kedengaran dan kelihatan agak pelik, namun aspirin sebenarnya memiliki banyak kegunaan. Kandungan asid salisilik dalam aspirin baik untuk kesihatan rambut dan menjadikannya lebih bersinar. Bahan: 3-4 biji tablet aspirin Syampu (sukatan digunakan ketika mencuci rambut seperti biasa) Cara: 1. Hancurkan 2 biji tablet aspirin dan campurkan dengan syampu anda. 2. Sapu dan gosok campuran pada kulit kepala dan biarkan selama beberapa minit. 3. Bilas dengan air suam. 4. Campur baki tablet dengan sedikit air suam untuk digosok pada kulit kepala. 5. Biarkan selama 10 minit sebelum dibilas sehingga bersih. Lakukan kaedah ini sekali seminggu untuk dapatkan rambut lembut, sihat, kuat dan bersinar. Selamat mencuba! - CARI
|
15
Bagus |
7
Marah |
18
Terkejut |
15
Sedih |
18
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
susukambingbest replied at 7-4-2017 04:11 PM
Seramnya nk pkai aspirin. Xde side effct ke
teha86 replied at 7-4-2017 11:59 AM
aku 2 kali seminggu akan cuci rambut pakai lemon.. mmg sihat rambutnye..walaupun pakai tudung...ramb ...
akieys replied at 9-4-2017 11:33 PM
pakai lemon cm ne? meh ajar sikit..
teha86 replied at 10-4-2017 10:39 AM
ko potong lemon tu..pastu ko tonyoh kat rambut...mmg wangi n kulit kepala sihat..
ade lg satu p ...
Keledek.kepam replied at 10-4-2017 10:03 PM
Wow seriously bawah boleh pakai lemon? Pedih tak? Nnt nak try lah
teha86 replied at 11-4-2017 10:28 AM
jgn ko tonyoh beriya..kang pedih... cuci biasa2 je.. mmg kepam sume hilang.. n kalo nak bersama ng ...
ADVERTISEMENT