Selepas disahkan mengalami jangkitan kuman pada paru-paru, pelakon popular Riezman Khuzaimi dimasukkan ke Hospital Shah Alam, pagi Khamis lalu.
Memetik laporan Berita Harian, isterinya, Datuk Normaziah Sheikh Mohamad, berkata suaminya masih belum stabil dan diawasi rapi doktor. "Sudah seminggu suami saya tidak sihat. Dia macam letih sedikit kebelakangan ini disusuli demam. Kesihatannya bagai 'pasang surut' sehinggalah dimasukkan ke wad." "Sekarang suami sedikit okay berbanding sebelum ini apabila dia sangat pucat dan tidak bermaya. Demamnya masih belum kebah." . Selain mengharapkan semua pihak dapat mendoakan Riezman segera sembuh dan kembali sihat seperti sedia kala, Normaziah yang setia menemani suami di wad turut mengaku perasaannya bercampur baur.
Semalam, ramai rakan artis berkongsi berita Riezman yang dimasukkan ke hospital di laman sosial termasuk Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN). Riezman menamatkan zaman dudanya selepas memilih Normaziah sebagai isteri yang sah pada 15 Disember tahun lalu.- CARI |
12
Bagus |
16
Marah |
18
Terkejut |
7
Sedih |
20
Lawak |
4
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT