CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak 12 Tahun Mati Lemas Di Kolam Renang Hotel

10-4-2017 10:25 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8249| Komen: 50

Kerana mengikut kehendak anak, seorang bapa kehilangan anaknya berusia 12 tahun selepas lemas ketika mandi di dalam kolam renang di sebuah hotel di Sungai Petani, Kedah.



Foto: Carian Internet

Menurut bapa mangsa, Mohd Fazlan Mohd Hashim, 37, anaknya Nor Alyaa Zafirah mandi di kolam berkenaan selepas selesai mengikuti program Celik Minda anjuran Sekolah Kebangsaan Khir Johari yang disertai 60 murid.

Memetik Bernama, salah seorang guru sekolah berkenaan berkata murid dibenarkan mandi di kolam renang selepas program selesai.


Bagaimanapun tak semua murid turun ke kolam kerana kebanyakannya dibawa pulang oleh ibu bapa masing-masing.

"Kesemua mereka diawasi dengan rapi oleh kami malah kami sudah pun membunyikan wisel untuk memanggil semua murid naik.

"Bagaimanapun Encik Fazlan (bapa mangsa) mahu anaknya diberikan tempoh masa untuk berada di kolam renang dan berkata akan bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa," katanya.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah Nur Hafizah Mohammad Lokman berkata pihaknya bergegas ke lokasi kejadian menerima panggilan kecemasan kira-kira 7.48 malam dan mendapati mangsa telah diangkat dari kolam oleh orang awam.

"Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis dan operasi tamat pada pukul 8.06 malam," katanya. - CARI
2

Bagus
18

Marah
14

Terkejut
6

Sedih
6

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (58 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Minami2013 10-4-2017 09:36 AM
Innalillah....
Quote matchstick 10-4-2017 09:39 AM
xboleh salahkan cikgu atau pihak sekolah..ayah nya sendiri yg gi mntk kebenaran cikgu utk extend masa bg anak dia swimming..pastu x pantau
Quote rayray28 10-4-2017 09:44 AM
matchstick replied at 10-4-2017 09:39 AM
xboleh salahkan cikgu atau pihak sekolah..ayah nya sendiri yg gi mntk kebenaran cikgu utk extend mas ...

Kesian juga kt cikgu kan...mesti teringat2..awatla x pantau  anak tu main lepas jek.nsib laa dh lepas waktu yg diberi oleh guru kalau berlaku bwh pengawasan guru habislaa
Quote Rainrein 10-4-2017 09:49 AM
Ayah dia nape x pantau anak anak tengah swimming. Baru 12 tahun kot, anything can happen. Mesti menyesal x sudah bapak dia tuh tapi tu la dah ajal budak tu.
Quote mieymiey 10-4-2017 09:50 AM
Kalau dah diluar masa dan ketetapan yang dah ditetapkan oleh pihak sekolah, rasanya jadi tanggungjawab ayahnya untuk pantau anaknya sendiri. Tapi, dah ajal. Inalillahiwainnailaihirajiun.
Quote airfilterkotor 10-4-2017 09:51 AM
Minta kebenaran pada cikgu, pastu biar lepas je budak tu mandi.
Quote airfilterkotor 10-4-2017 09:52 AM
Ayah dia tak tengok langsung ke?
Quote chinta89 10-4-2017 10:33 AM
takziah... menyesal tapi... dh terlambat. dh ajal dia.. cuma, kalau bhati2 mybe musibah ni boleh dielakkan.
Quote Loxlaxman 10-4-2017 10:58 AM
Swiss In ke?
Quote Jorja 10-4-2017 11:13 AM
Pengajaran pada mak bapa yg mulut cabul.. asalkan berlaki beranak kekdahnya.. jgn suka nak mengata org yg belum diberi reski anak..bila2 Tuhan nak ambil sekelip mata aja.. ada sorang mak kt hometown I ..Allah uji dia 4 orang terus anak dia meninggal lemas mandi sungai.. kes tahun 90an
Quote talapia 10-4-2017 11:15 AM
mungkin anak dia memang boleh berenang.. tu yg dia lepas aje tu.. lepak2 ngan parents lain borak2 agaknya. haih la...

mujur gakla ayah dia dah mintak kebenaran nk extend masa tu. kurang2 dah lepas beban guru tu. itu pon.. walaupon atas bahu ayah dia sendiri.. sure cikgu tu terkilan abis. klau dia tegas tak izinkan... mungkin benda tu takkan jadi.
Quote NeckPillow 10-4-2017 11:21 AM
sedihnya penyesalan tak sudah
Quote RatuDunia94 10-4-2017 11:28 AM
Kalau x jenuh cikgu tu nk menjawab..
Quote ~boolean 10-4-2017 11:36 AM
Ada pula baghal2 dalam group WhatsApp aku persoalkan kena buat aktiviti sekolah di swimming pool. Nak aja aku sound setepek dengan kebodohan mereka tu.

Bukannya salah sekolah. Salah pak dia yang tak jaga anak:
Quote haryatie 10-4-2017 11:49 AM
Inalillahiwainnailaihirajiun.
nasib dgn ayah nya
kalau tk berbakul bakul cikgu kena kutuk
Quote gede-bab 10-4-2017 11:55 AM
kalau betul..bapanya yang bengong...ke saje nak bagi anak mati lemas...?
Quote Epic_Gilgamesh 10-4-2017 12:46 PM
takziah..........   
Quote airfilterkotor 10-4-2017 12:51 PM
Edited by airfilterkotor at 10-4-2017 01:09 PM
talapia replied at 10-4-2017 11:15 AM
mungkin anak dia memang boleh berenang.. tu yg dia lepas aje tu.. lepak2 ngan parents lain borak2 ag ...
edit: jurulatih kepada pandai berenang.
Kat Tasek Dayang Bunting beberapa tahun lepas ada kes lemas, muda lagi dan katanya pandai berenang.
Apatah lagi kalau budak walau pandai berenang sekalipun.


17 April 2014

Langkawi: Keseronokan sepasang kekasih menikmati percutian di pulau ini berakhir tragedi apabila teman lelakinya maut selepas lemas ketika berenang di Tasik Dayang Bunting, di sini, petang kelmarin.


Dalam kejadian jam 3.30 petang, mangsa, Wong Sheng Yong, 19, yang berasal dari Damansara Damai, Selangor ditemui di dasar tasik oleh sepasukan anggota bomba dan penyelamat yang melakukan operasi mencari dan menyelamat.



Difahamkan, mangsa dan kekasihnya tiba di pulau ini sejak Ahad lalu untuk bercuti sebelum ke tasik berkenaan untuk mandi di situ.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Langkawi Penolong Kanan Penguasa Bomba Yaakob Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 3.39 petang dan bergegas ke lokasi kejadian bersama 10 anggota termasuk Pasukan Penyelam Di Air (PPDA) yang diketuai Penguasa Bomba Kanannya, Saiful Munir.

Beliau berkata, mangsa dikatakan datang bersama teman wanitanya di tasik berkenaan dan lebih kurang 10 minit berada di situ, mangsa terus terjun ke dalam tasik sedalam kira-kira 20 meter tanpa memakai jaket keselamatan kerana mangsa dikatakan pandai berenang.


Quote kokocrunch 10-4-2017 12:54 PM

Inalillahiwainnailaihirajiun.
takziah wat keluarga arwah..

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 07:09 AM GMT+8 , Processed in 0.049003 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top