Selepas
lebih seminggu dipalit kontroversi menanggalkan hijab, pelakon Sara
Ali, 27, semalam, memutuskan untuk menjelaskan tindakannya berbuat
demikian.
Memetik BH Online, tindakannya itu berpunca daripada dirinya sendiri yang menghadapai konflik dalaman, namun enggan mendedahkan puncanya. "Keputusan
itu saya lakukan tanpa berfikir panjang. Pada masa sama, tindakan
membuka tudung ini bukanlah didorong keinginan untuk berlakon semula
ataupun saya tidak mendapat sebarang tawaran kerja ketika berhijab. "Saya masih menerima undangan berlakon, cuma menolaknya dengan cara baik selain memilih karakter yang sesuai," katanya. Memetik BH Online, Keputusannya berhijab sebelum ini bukanlah bersandarkan pada niat yang betul. "Saya ingat saya sudah bijak, tetapi sebenarnya saya masih bodoh," katanya. Terdahulu,
Sara yang sudah setahun tampil dengan imej berhijab dilihat bersama
seorang lelaki ketika bercuti di Shanghai, China, tanpa berhijab, baru
-baru ini. Walau apapun, pelakon itu enggan mengulas panjang berhubung isu berkenaan. Apa nak jadi dengan selebriti tanah air hari ini? Senang-senang sekejap sarung tudung, esok ditanggalkan. Apa kata anda? - CARI |
ADVERTISEMENT