CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Bro, Tak Malu Ke Perut Buncit? Kenal Pasti Punca Untuk Elakkannya Berlaku

12-4-2017 06:31 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7632| Komen: 23|Original author: Oleh: Myra Rozi

Siapa kata masalah perut buncit hanya berlaku pada orang gemuk? Anda ternyata salah.

Lihat sahaja pada kaum lelaki yang tubuhnya kurus, tapi bila terpandang perut seperti wanita yang mengandung 4 bulan.

Kedengaran lucu, namun harus berwaspada. Ini antara penyebab lebihan lemak di perut terjadi walaupun anda mempunyai berat badan yang normal.

Foto: superpromo.id

1. Wujudnya lemak visceral
Lemak visceral menyelaputi hati dan organ lain dalam perut. Jika dibiarkan lemak ini tanpa ada usaha untuk menghilangkannya, risiko untuk terkena penyakit seperti diabetes, jantung dan kanser adalah tinggi.

2. Faktor genetik

Genetik sebenarnya memainkan peranan utama dalam kecenderungan tubuh seseorang itu untuk menyimpan lemak di bahagian perut.

3. Selalu makan dan minum manis
Jika anda adalah seorang yang setiap hari gemar mengambil makanan manis, maka kandungan gula yang tinggi dari makanan tersebut akan berkumpul menjadi lemak di perut.

4. Stres
Cortisol adalah hormon yang terhasil sebagai tindak balas terhadap tekanan yang dialami oleh seseorang individu. Ia akan menyebabkan nafsu makanan anda menjadi tinggi dan seterusnya menjadikan berat badan naik selain menyebabkan pengumpulan lemak berlebihan di perut.

5. Kurang Tidur
Bahaya tidak memperolehi tidur yang cukup dapat dilihat kesannya pada kesihatan tubuh badan seseorang individu. Banyak kajian mendapati yang kurang tidur pasti akan menyebabkan kenaikan berat badan yang ketara.

Foto: smartdetoxeasy.com

Sudah tahu puncanya, jadi selepas ini bolehlah elakkan perkara yang menyebabkan perut menjadi lebih buncit. Dapatkan tubuh badan yang ideal dengan menjalani kehidupan yang sihat. -CARI
39

Bagus
15

Marah
42

Terkejut
29

Sedih
39

Lawak
23

Bosan

Friends Rank (187 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote siskepoh 12-4-2017 06:36 PM
laki sis tak boncit. sis pandai jaga. hihiks
Quote Lollipop111 12-4-2017 08:19 PM
siskepoh replied at 12-4-2017 06:36 PM
laki sis tak boncit. sis pandai jaga. hihiks

ye ke.... tahniah sis
Quote Lollipop111 12-4-2017 08:19 PM
siskepoh replied at 12-4-2017 06:36 PM
laki sis tak boncit. sis pandai jaga. hihiks

ye ke.... tahniah sis
Quote mirandanicky1 12-4-2017 08:21 PM
Laki sis makan minum cukup sbb tu perut bunnnn tp sis sayang sbb comel lelaki perut bunnnn ni. Hihi jgn terlebih bunnn suda
Quote aleesyasofia 12-4-2017 08:47 PM
sibling iols sume buncit2 walaupon bujang.. dh se sepesen fktor gnetik la tue ditmbh dgn peel suka mlantak..
Quote RatuDunia94 12-4-2017 09:43 PM
Kena rajin wat sit ups 100x tiap kali lps bangun tidur..
Quote swayne 13-4-2017 07:31 AM
RatuDunia94 replied at 12-4-2017 09:43 PM
Kena rajin wat sit ups 100x tiap kali lps bangun tidur..

Menjadi ke uols? Ke kena jogging juga? I bila buat plank dalam bilik pakai aports bra and seluar je, nampak oerut i layut kebawah. Buncit. Tapi lengan, paha elok kecik.
Quote chinta89 13-4-2017 08:51 AM
harap2 menjadilah sape yg buat ni hiihhi
Quote green~tea 13-4-2017 08:53 AM
swayne replied at 13-4-2017 07:31 AM
Menjadi ke uols? Ke kena jogging juga? I bila buat plank dalam bilik pakai aports bra and seluar j ...

Apsal ko buat plank perut layut ke bawah? Ko tak engage core ke masa buat plank??? Sila google teknik yg betul utk plank & make sure engage core..
Quote green~tea 13-4-2017 08:55 AM
Husband iols tak buncit... dia rajin exercise bila time dia cuti.. time dia offshore, dia akan diet & tak ikut hati sgt melantak sbb ye laaa kan, makanan kat platform mewah2 melantak 6 kali sehari si chef pun mengikut je amende bebudak ni request
Quote kaspar0v 13-4-2017 09:19 AM
swayne replied at 13-4-2017 07:31 AM
Menjadi ke uols? Ke kena jogging juga? I bila buat plank dalam bilik pakai aports bra and seluar j ...

betul ke cara ko buat plank tu?
Quote kaspar0v 13-4-2017 09:24 AM
jangan minum air lepas makan. tunggu 30 minit/ 1 jam lepas makan baru minum. nak minum jugak, minum sebelum makan.  buat sit up, push up, planking. paling malas pun peruntukan satu jam satu hari untuk exercise. inshaAllah tak ada masalah buncit ni.kalau nak buat petak, lain cita pulak
Quote swayne 13-4-2017 09:29 AM
kaspar0v replied at 13-4-2017 09:19 AM
betul ke cara ko buat plank tu?

Ohh salah ya. Haha.
Quote swayne 13-4-2017 09:30 AM
green~tea replied at 13-4-2017 08:53 AM
Apsal ko buat plank perut layut ke bawah? Ko tak engage core ke masa buat plank??? Sila google tek ...

Ohh thank you. Salah cara. Patut buncit  
Quote RatuDunia94 14-4-2017 12:13 AM
swayne replied at 13-4-2017 07:31 AM
Menjadi ke uols? Ke kena jogging juga? I bila buat plank dalam bilik pakai aports bra and seluar j ...

InsyaAllah jadi. Tp lg bagus kalo jogging sekali la.
Quote cheergirlz 14-4-2017 08:12 AM
ooh..penyebab2 y mnyumbang kpd perut buncit..kena rajin bersenam tue..
Quote cheergirlz 14-4-2017 08:13 AM
kaspar0v replied at 13-4-2017 09:24 AM
jangan minum air lepas makan. tunggu 30 minit/ 1 jam lepas makan baru minum. nak minum jugak, minum  ...

y nie slalu wat...lps.mkn laju jer mnum air     
Quote cheergirlz 14-4-2017 08:15 AM
aleesyasofia replied at 12-4-2017 08:47 PM
sibling iols sume buncit2 walaupon bujang.. dh se sepesen fktor gnetik la tue ditmbh dgn peel suka m ...

bab melantak tue mmg x bole no cover laa sis..hihihihi     
Quote ItisDD 14-4-2017 11:22 AM
cheergirlz replied at 14-4-2017 08:13 AM
y nie slalu wat...lps.mkn laju jer mnum air

Dulu2 pun i slalu wat camni

Tp skrg x lg... nmpklah penurunan kat perut

Lg satu i prnh tbaca lps mkan jgn terus duduk diam ex tgk tv.  Kena gerak2 or lakukan apa2 yg blh wat kita x statik

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 01:34 AM GMT+8 , Processed in 0.067942 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top