Sejak dilaporkan hilang pada 6 April lalu, aktivis Peter Chong, 54, akhirnya pulang ke Malaysia dari Pattaya, tengah hari Ahad. Ketibaannya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini, sekali gus melenyapkan spekulasi yang mendakwa dia diculik. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar turut mengesahkan kepulangan Peter menerusi laman sosial mikro Twitter miliknya dengan memuat naik dua keping gambar Peter berserta kapsyen "Syabas @PDRMsia Kuala Lumpur. 'Peter Chong yang 'hilang' sudah kembali dari Pattaya." Memetik BH Online, sehari selepas dia dikesan hilang dari rumahnya pada 7 April lalu, Peter dikesan memasuki Thailand melalui pintu sempadan di Bukit Kayu Hitam, Kedah. Terdahulu, Khalid mengklasifikasikan kes Peter sebagai orang hilang kerana tiada bukti kukuh dia diculik atau dilarikan. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa berkata Peter masih berada di KLIA untuk disoal siasat. - CARI |
13
Bagus |
12
Marah |
7
Terkejut |
13
Sedih |
11
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Voyagers replied at 16-4-2017 05:32 PM
PETALING JAYA: The former aide to a PKR MP, who was said to have gone missing since April 5, has bee ...
vanillaninja replied at 16-4-2017 07:29 PM
Saya putar, Halim
Themilo replied at 16-4-2017 05:47 PM
Babi sangat bunyinya, nak jumpa informer konon, pastu kena culik plak.. kenapa kau pergi thailand so ...
Jigglyjiggle replied at 16-4-2017 10:46 PM
Kes dia ni memang pelik. Ada something bau ikan.
ADVERTISEMENT