CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mengejutkan, Suami Isteri Baru Tahu Mereka Adik Beradik Kembar

17-4-2017 05:33 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 11552| Komen: 84

Walaupun berita berikut jalan ceritanya menyerupai cerekarama di televisyen, namun ianya benar-benar berlaku di Mississippi, Amerika Syarikat (AS).

Al kisahnya sepasang suami isteri berikutan gagal mendapat anak setelah sekian lama berkahwin, mengambil keputusan untuk menjalani rawatan di klinik IVF bagi mendapatkan anak.

Mengejutkan, rawatan itu menemukan mereka berdua sebenarnya merupakan adik beradik kembar. 

Memetik laporan Mississippi Herald, doktor memaklumkan kepada pasangan yang tidak didedahkan identiti itu bahawa mereka adalah kembar biologi selepas memiliki persamaan ketara dalam DNA mereka, sekaligus melindungi kepentingan peribadi mereka berdua.

Adik-beradik itu terpisah sejak kecil lagi selepas ibu kandung mereka meninggal dunia dan diserahkan kepada keluarga angkat yang tidak mengetahui antara satu sama lain.

Sebaik doktor memberitahu pertalian yang wujud antara kedua pasangan itu, mereka cuba mengingat kembali sejarah hidup masing-masing.


Mereka menyedari bahawa kedua ibu bapa mereka meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya dan mereka diserahkan kepada keluarga angkat yang berlainan, malah keluarga angkat tersebut tidak mengetahui mereka mempunyai adik-beradik yang lain.

Pasangan itu bertemu ketika majlis reunion kolej dan mempunyai keserasian, jatuh cinta sebelum berkahwin.

Akhbar itu melaporkan pasangan yang berkahwin sesama adik beradik di Mississippi adalah salah dan boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan denda AS$500. (RM2,197)

Dipercayai, pasangan itu tidak akan berdepan tindakan ekoran tidak mengetahui bahawa mereka sebenarnya adalah adik-beradik.- CARI

sumber foto: internet



30

Bagus
24

Marah
17

Terkejut
25

Sedih
26

Lawak
32

Bosan

Friends Rank (154 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote emelia1509 17-4-2017 05:36 PM
omg..poor couple..

mesti berat hati nak berpisah  
Quote WhiskeyScotch 17-4-2017 05:38 PM
Kesiannya. Fraternal twins la ni. Kembar tak seiras.
Quote Artemesiaa 17-4-2017 05:40 PM
Macam dalam drama.  
Quote grouper 17-4-2017 05:42 PM
Winter sonata...bbnu kpop mane tau..pegi men jauh2
Quote TuntungReturn 17-4-2017 05:43 PM
kalau ikot sains, perkahwinan adik bradik ni,kalau anak lahir nnti kebarangkalian cacat,ataupun anak x mmpu nk lawan penyakit.lupa dh aku baca
Quote sebu1 17-4-2017 05:44 PM
WhiskeyScotch replied at 17-4-2017 05:38 PM
Kesiannya. Fraternal twins la ni. Kembar tak seiras.

Sedehhhhhh
Quote apiang 17-4-2017 05:47 PM
perghh...gilerrr ko... dah eh ah eh ah...

Quote WhiskeyScotch 17-4-2017 05:48 PM

Mee rebus dah rasa belum?
Quote PEPPERMAN 17-4-2017 05:49 PM
Kat malaysia ada harapan berlaku ni, sebab kesedaran berkondom ketika zina adalah sangat rendah
Quote sebu1 17-4-2017 05:52 PM
WhiskeyScotch replied at 17-4-2017 05:48 PM
Mee rebus dah rasa belum?

Belum ..X sempat lagi
Quote Suchi 17-4-2017 05:56 PM
Sedihnya.. sbb tu la kalo ank kembo amik sekali jgn mandai2 nk pisahkn. Ni bila ade berita ank org susah ke, mak pak ninggal ke ade la yg komen.. nk bela ank org tu.. niat baik nk amik ank org jd ank angkat tp agak2 lah.
Kalo kembo jgn dipisahkn.. kalo ade kakak abg pun jgn dipisahkn.

Kat US ni kan potensi nk terbercinta  ngn adik badik sendiri mcm tinggi jaa.. sbb sana kn blh donor sperm. Maka merata2 ler adik badik kn mcm pilem Delivery  man tu.
Quote R2D2 17-4-2017 05:59 PM
Cite Melayu tak pernah ada jalan cite mcm ni
Selamat.....
Quote beautifulliar 17-4-2017 06:03 PM
Kesiannye..cmne la perasaan nk bpisah mesti kemurungan
Quote KucingKedai 17-4-2017 06:16 PM
berpisah sebab adik beradik. macamana nak move on. adeh kesiannye..
Quote Decaffeinated 17-4-2017 06:30 PM
X yah pisah lah kalau x geli dan serasi.... continue ja... kaper kan?....

Quote EvieWanKenobi 17-4-2017 06:36 PM
kesiannya.. harap2 tak berlaku la di Malaysia..
Quote rukia2 17-4-2017 06:41 PM
Decaffeinated replied at 17-4-2017 06:30 PM
X yah pisah lah kalau x geli dan serasi.... continue ja... kaper kan?....

Nnti kne denda rm2197    
Quote spankee_fili 17-4-2017 06:59 PM
game of thrones gitu...
Quote Tapayana 17-4-2017 07:02 PM
kat mesia pun pernah terjadi dulu. tp diorang adik beradik bukan kembar

Lihat semua komen(84)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 02:56 PM GMT+8 , Processed in 0.056343 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top