Susulan semalam, beberapa portal antarabangsa menyiarkan kisah sepasang suami isteri mengetahui mereka sebenarnya adalah pasangan kembar selepas menjalani rawatan di klinik IVF bagi mendapatkan anak.
Namun demikian, hari ini beberapa portal antarabangsa yang sebelum ini turut menyiarkan kisah pasangan ini, tampil menafikan tentang kesahihan berita tersebut dan mengesahkan ianya adalah palsu. Antaranya Sun Online mendedahkan bahawa laman web Mississippi Herald yang hanya didaftarkan pada bulan November dengan menghasilkan berita itu tanpa alamat fizikal dan tidak disertakan nama wartawan. Sementara itu, Mirror.uk pula memetik akhbar tempatan di Mississippi berkata, mereka tidak mendengar mana-mana penerbitan atau maklumat berkaitan kisah berkenaan dari sumber lain selain dari laman web berkenaan. "Tiada Mississippi Herald," kata editor Mississippi Sun-Herald memberitahu Mirror Online.
"Editor web kami menyedari mengenai kisah pasangan tersebut dan hanya Mississippi Herald yang mempunyai sumber kepada berita ini." "Jadi kami mengesyaki ianya adalah berita palsu," katanya. Bagaimanapun, Sun Online telah cuba untuk menghubungi laman web untuk mendapatkan penjelasan, namun masih tidak mendapatkan sebarang komen.- CARI |
5
Bagus |
7
Marah |
11
Terkejut |
6
Sedih |
9
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT