Berpuluh-puluh ribu pelabur dari seluruh dunia, termasuk Kanada, Amerika Syarikat dan China, mungkin bakal mengalami kerugian RM500 juta selepas salah sebuah pengendali 'permainan wang' terbesar di negara ini, 'JJ Poor to Rich' (JJPTR) dilaporkan gulung tikar.
Walau bagaimanapun, pengasasnya yang berusia 28 tahun, Johnson Lee dalam posting di laman Facebook JJPTR Malaysia pada pukul 2 petang Isnin berkata beliau mempunyai rancangan untuk membuat bayaran balik kepada pelabur (baharu) pada pertengahan Mei. Memetik laporan The Star, sejak minggu yang lalu, terdapat cakap-cakap dalam talian mengenai kerja penggodaman yang mengakibatkan JJPTR kerugian RM500 juta. Kes itu menjadi tajuk utama dalam akhbar-akhbar utama bahasa Cina pada Isnin apabila Lee mengesahkan khabar angin di Facebook dan menyifatkan kerugian besar itu sebagai 'kesilapan terbesar dalam hidup saya'. Walaupun timbulnya laporan negatif itu, difahamkan JJPTR yang telah aktif selama lebih dari satu tahun, masih membuka Pusat Khidmat JJ di Taman Ipoh Timur, Perak, Sabtu lalu.
Bagaimanapun, Lee, yang sepatutnya menghadiri pembukaan itu tidak muncul. Pembukaan pusat perkhidmatan ejen syarikat itu di Jalan Raja Uda, Butterworth, yang sepatutnya diadakan pada Ahad, telah ditangguhkan. Pejabat-pejabatnya di Jalan Perak, Bayan Lepas dan Bandar Baru Air Itam di bahagian pulau dan Jalan Raja Uda di tanah besar ditutup pada Isnin. JJPTR juga mempunyai cawangan di Kulim dan Johor Bahru. Setakat ini Lee masih tidak dapat dihubungi oleh pihak media.- CARI |
8
Bagus |
7
Marah |
4
Terkejut |
1
Sedih |
9
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
kasibiman replied at 25-4-2017 02:16 PM
godam kapla dongga habah dia lah
ADVERTISEMENT